Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon_ image

Ura-ura: Cip Galaxy S25 Ultra Akan Fokuskan Kecekapan Tenaga GPU, Bukan Prestasi CPU

Diterbitkan Julai 29, 2024 ยท Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Cip pemprosesan yang akan memacu telefon pintar premium Samsung pada tahun hadapan, Samsung Galaxy S25 Ultra akan didedahkan semasa Sidang Kemuncak Snapdragon pada Oktober tahun ini.

Peranti itu dijangka akan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 AP (application processor) yang direka untuk telefon pintar andalan (flagship) Android.

Walaupun belum diumumkan, kini timbul desas-desus yang mendakwa, prestasi puncak GPU pada Snapdragon 8 Gen 4 adalah serupa dengan prestasi GPU Dimensity 9300 AP yang dibuat oleh MediaTek tetapi pada separuh penggunaan tenaga cip MediaTek.

Snapdragon 8 Gen 4 SoC itu yang dihasilkan oleh TSMC menggunakan nod proses 3nm generasi kedua (N3E), dioptimumkan hasil prestasi daripada unit pemprosesan grafik (GPU) Adreno 750.

Ura-ura ini timbul selepas seorang pengguna mendedahkan data ujian dalaman kemungkinan kelebihan dan kekurangan Snapdragon 8 Gen 4 AP yang akan datang.

https://x.com/negativeonehero/status/1815030217926390161

Bermakna Qualcomm akan memfokuskan kepada pembanguna GPU cekap tenaga pada Snapdragon 8 Gen 4.

Jadi, jika anda lebih utamakan prestasi CPU, anda mungkin boleh sabar menunggu Snapdragon 8 Gen 5 sahaja yang mungkin menguasakan Galaxy S26 pada 2026 nanti.

Berkaitan

  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY