Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Untuk Kekal Relevan, PUBG PC Mungkin Akan Jadi ‘Free-to-Play’

Posted on Julai 27, 2021

Jika anda lupa, permainanĀ battle royale PlayerUnknown Battlegrounds (PUBG) bermula di platform PC. Pada awal kemunculannya juga, ia merupakan satu fenomena dunia. Kemudian, PUBG Mobile pula lebih popular dan banyak dimainkan berbanding versi asal.

Terbaru, PlayerIGN – seorang pelombong data (dataminer) mengatakan PUBG berkemungkinan akan ditawarkan secara percuma (free-to-play) bagi memberikan persaingan dengan permainan lain.

Tambah beliau, PUBG pernah ingin menawarkan permainannya secara percuma pada tahun 2019 tetapi mereka tidak mendapat maklum balas daripada pemain yang secukupnya semasa ujian percubaan dijalankan.

Jika diikutkan, mereka sepatutnya perlu membenarkan permainan ini dimainkan secara percuma sejak dahulu lagi. Lihat sahaja Fornite, COD: Warzone serta Apex Legends yang masih mempunyai jumlah pemain yang ramai.

Bahkan, permainan Counter Strike: Global Offensive juga sudah berbuat demikian. Pada era ini, permainan ‘online’ perlu diberikan secara percuma kerana naluri seorang pemainĀ game sebegini jarang sekali untuk mengeluarkan wang membeliĀ game, kecuali untuk item kosmetik ‘skin’.

Sumber: PlayerIGN

Baca juga artikel berkaitan:

  • PUBG Lite PC Akan Ditamatkan Pada Hujung Bulan Ini
  • Pemain Malaysia Siap Sedia Untuk Cuba Apex Legends Mobile
  • Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress