Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apex Legends Mobile

Pemain Malaysia Siap Sedia Untuk Cuba Apex Legends Mobile

Diterbitkan Julai 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti sedia maklum, permainan battle royale popular Apex Legends akan hadir buat platform mudah alih yang dijangka akan rasmi pada tahun ini.

Percubaan beta pertama telah pun ditawarkan buat pemain di Filipina dan India. Kini, peminat di Malaysia tidak lama lagi dapat memainkannya pula.

Hal ini kerana Respawn, pembangun judul permainan tersebut telah mengumumkan bahawa Apex Legends Mobile closed beta akan tersedia buat negara lain pula termasuk Indonesia, Filipina dan Malaysia.

An update on Apex Legends Mobile:

The next round of closed beta testing is coming soon to Indonesia, the Philippines, and Malaysia.

To players in other countries: We're working to bring the game to you as quickly as possible!

Pre-Register here 👉: https://t.co/7c7GC9qgp3

— Respawn (@Respawn) July 16, 2021

Namun, hanya pengguna Android sahaja yang dapat mencubanya terlebih dahulu. Selain itu, mereka juga tidak memberitahu tarikh rasmi bilakah ia akan tersedia.

Pun begitu, jika anda yang berminat, pra-daftar boleh dibuat melalui pautan ini dan nantikan notifikasi dari mereka. Apa-apa pun permainan ini akan memberikan saingan pada PUBGM atau Garena Free Fire. Dengan grafik yang cantik, mungkin anda memerlukan peranti yang baik bagi memainkannya.

Sumber: Respawn

Baca juga artikel berkaitan:

  • Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile
  • Permainan Mobile Battlefield Hadir Menjelang Tahun 2022
  • Final Fantasy VII Mobile Akan Tiba Tahun Ini, Sebuah Lagi Permainan Battle Royale

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY