Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi plus box

unifi Plus Box Generasi Kedua Hadir Dengan Disney+ Hotstar, Dipamer Di TM Point

Posted on April 13, 2022April 13, 2022

unifi Plus Box ialah sebuah Android TV Box yang ditawarkan Telekom Malaysia (TM) kepada pelanggan unifi mereka.

Dengan kotak Android ini, pengguna boleh menonton kandungan dalam resolusi HD penuh dan cast daripada peranti ke TV melaluinya.

Dalam generasi pertama ini, ia merumahkan RAM sebesar 2GB, memori 8GB dan menjalankan Android 9.

Kini, selepas dua tahun ia diperkenalkan, TM akan melancarkan generasi keduanya pula tidak lama lagi, menurut Lowyat.

Sumber: Lowyat.net

Seorang pengguna di forum Lowyat, Loh123 mengatakan kotak Android yang dijangka lancar bulan ini akan hadir dengan penstriman Netflix, Amazon Prime dan Disney Hotstar+.

Mengikut laporan, model terbaru ini sedang ditayangkan di TM Point di Menara TM, Bangsar.

2nd gen unifi plus box
Sumber: Lowyat.net

Generasi terbaru ini dikatakan dijana cip Cortex-A53, RAM DDR4 sebesar 2GB dan storan 16GB. Selain itu, ia juga menyokong dua jalur Wi-Fi 802.11ac serta Bluetooth Low Energy (BLE) 4.2.

2nd gen unifi plus box
Sumber: Lowyat.net

Selain itu, ia juga mempuyai pengiktirafan Dolby Vision, HDR10, HLD, Widevine L1 dan Microsoft PlayReady 3000. Video dengan resolusi 4K bersama 60fps juga dapat dimainkannya.

Yang mengesahkannya ialah generasi baharu ialah label ‘HP43A’ pada bahagian bawah kotak bungkusannya. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Lowyat.net

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx
  • Pelanggan Streamyx (unifi Lite) Akan Diubah Ke unifi Fibre Secara Berperingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress