Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
china vs india

UN – India Bakal Kalahkan China, Jadi Negara Paling Ramai Penduduk

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Firdaus

Mengikut UN, India bakal mengalahkan China sebagai negara paling ramai populasi penduduk pada tahun ini. Pada tahun 2022, populasi India berada pada 1.417 bilion orang dan tidak jauh menghampiri China memiliki 1.426 bilion penduduk.

Sementara penduduk India makin meningkat, China menghadapi kadar kelahiran yang paling rendah sejak 70 tahun lalu.

Graphic

Tambahan lagi, kadar kelahiran China setiap 1,000 orang pada 2019 adalah 10.41, dan telah menurun pada 6.77 setiap 1,000 orang pada waktu ini. Faktor demografik adalah antara faktor utama yang menyumbang.

India Berpotensi Mengalahkan China Sebagai Negara Penghasil.

Dengan peningkatan populasi dan faktor geopolitik, banyak kilang pembuatan akan beralih ke negara India, – mengikut Yi Fuxian, seorang saintis dalam bidang obstetrik dan ginekologi di Universiti Wisconsin-Madison.

Sebagai contoh, kita akan melihat lebih banyak iPhone ‘Made in India’ menjelang tahun 2027 nanti. Selain iPhone, banyak lagi jenama-jenama lain akan membuka kilang pembuatan mereka di India.

Hal ini demikian kerana India mempunyai kelebihan dari segi demografik, geografi dan infrastruktur yang telah dibina beberapa tahun lepas.

Peningkatan Populasi di India Membawa Cabaran Baharu

Walaupun India telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dalam beberapa tahun ini, jurang kekayaan di negara itu semakin melebar dalam 3 dekad yang lepas.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menjelaskan peningkatan populasi negara itu akan membawa pelbagai masalah untuk generasi akan datang.

Seperti yang dijelaskan awal tadi, India bakal menjadi negara dengan populasi paling ramai di dunia pada penghujung tahun ini.

Berkaitan

  • Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat
  • CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13
  • Ramai Tak Beli PC Pada Tahun 2022, Ini Sebabnya
  • Selepas 2 Tahun Menanti, Hogwarts Legacy Bakal Dilancarkan Pada Tarikh Ini
  • Beli PS5 Sekarang Dan Berpeluang Menang Baucar RM4,500

Sumber: Axios, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY