Penyertaan yang menggalakkan dari seluruh negara membayangkan KEK Sem 3 semakin cerah untuk diadakan pada tahun hadapan. KEK anjuran Xpax bertujuan untuk memacu pertumbuhan industri e-sukan di Malaysia di samping membuka peluang kepada bakat-bakat baru di kalangan pelajar untuk mempamerkan kemampuan mereka di gelanggang.
Untuk permainan PUBG Mobile, UNIMAP Elementus dari Universiti Malaysia Perlis telah menjadi johan menewaskan IIUM MUSTANGS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala RAIZEN SQUAD dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Sungai Petani mendapat tempat ketiga.
Untuk permainan MLBB pula, Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menewaskan Parahmen dari Politeknik Haji Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dalam 2 perlawanan untuk bergelar juara. Blank dari Universiti Tun Hussein Onn pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Untuk juara keseluruhan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memenangi kategori tersebut dengan mengutip mata keseluruhan sebanyak 340 mata. Mereka membawa pulang tajaan biasiswa sebanyak RM 50,000.00 sebagai juara kategori keseluruhan.
Berkaitan
- Epic Games Tawarkan Hadiah Hampir RM 400 Juta Untuk Pertandingan E-Sukan Fortnite
- #GMW - Giveaway Mingguan Wiser
- Ini Harga Langganan Twitch Untuk Pengguna Malaysia
- Hasil Gambar Poco X3 vs Realme 7, Yang Mana Sedap Dipandang?
- Gigabit LTE: Sambungan Tanpa Wayar Yang Semakin Laju
- Tiada Pengguna iPhone Yang Dapat Membayangkan Apa Yang Pengguna Android Terpaksa Bertolak Ansur
- DJI dan Hasselblad Baru Mengeluarkan Dron Kamera Yang Powerful
- Facebook Sekarang Lebih Cekap Mengesan Akaun Palsu
- Singapura Masih Degil Berkaitan Penggunaan IT
- PlayStation Muncul Platfom Cross-Play Seterusnya Untuk Fortnite