#GMW - Giveaway Mingguan Wiser

Sertai GMW dibawah ini


Harap maaf Giveaway Mingguan Wiser akan ditangguhkan buat sementara waktu. Terima kasih

_______________________________________________


Terma dan syarat



  • Ini adalah Giveaway Mingguan Wiser (GMW)

  • GMW akan berjalan secara mingguan bermula setiap hari Isnin dan tutup pada hari Jumaat minggu yang sama.

  • Senarai pemenang akan dipaparkan pada bahagian ini setiap Ahad jam 8 malam (Senarai pemenang GMW)

  • Kami tidak bertanggungjawab keatas kehilangan/kecurian/kerosakan yang berlaku semasa tempoh penghantaran oleh kurier.

  • Kami berhak untuk menukar sebarang syarat berkaitan GMW ini.

  • GMW ini dijalankan oleh Wiser MY Sdn Bhd.

  • Setiap pemenang perlu menghubungi Wiser.my melalui WhatsApp berikut (https://wa.link/66983q)dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk tuntutan hadiah. Sekiranya gagal, hak keatas tuntutan hadiah akan terbatal dan hadiah akan dibawa ke minggu-minggu berikutnya.


Soalan Lazim


Siapa yang layak sertai GMW?

GMW terbuka kepada semua pembaca Wiser.my. Baca terma dan syarat diatas untuk maklumat lengkap.

Bagaimana nak sertai GMW?

Kami jalankan GMW secara eksklusif di halaman Wiser.my sahaja. Untuk sertai, ikuti garis panduan pada widget diatas. Setiap satu tindakan yang selesai dibuat bermakna anda dapat satu penyertaan (entry).

1 penyertaan = 1 peluang untuk menang

Kenapa kami guna Gleam widget?

Kami sedia menggunakan Gleam.io (perkhidmatan pihak ketiga) pada kebanyakan acara giveaway sebelum ini. Gleam menyediakan kaedah selamat serta mesra pengguna untuk proses GMW ini berlangsung.



Adakah data peribadi anda selamat?

Ya. Kami tidak akan kongsikan data peserta kepada mana-mana pihak ketiga atau gunakannya untuk mesej spam.

Saya sudah follow Wiser.my, bolehkah saya sertai GMW?

Ya. Anda boleh klik pada "Klik setiap hari untuk 1 penyertaan" untuk membolehkan anda berpeluang menangi hadiah yang ditawarkan.

Saya tidak boleh selesaikan setiap tugasan penyertaan. Apa yang perlu saya lakukan?

Disebabkan ia diluar kawalan kami, anda mungkin tidak dapat selesaikan setiap tugasan penyertaan. Kami tidak boleh lakukan apa-apa. Anda diminta untuk selesaikan tugasan penyertaan yang tersedia sahaja.

Bagaimana pemenang ditentukan?

Pemenang GMW akan ditentukan secara rawak (random) menerusi fungsi yang disediakan platform Gleam. Proses pemilihan pemenang akan dijalankan setiap kali GMW tamat untuk minggu tersebut.

Bila pemenang akan diumumkan?

Kami akan umum pemenang pada setiap hari Ahad. Senarai pemenang akan dipaparkan pada setiap artikel GMW.

Bagaimana saya tahu saya menang?

Sila lihat artikel Giveaway setiap minggu untuk lihat senarai nama pemenang. Pemenang perlu menghubungi kami melalui pautan WhatsApp (https://wa.link/66983q) untuk proses tuntutan hadiah.

Saya tidak hantar WhatsApp kepada pihak Wiser.my.

Dalam situasi pemenang tidak menghubungi kami mesej dalam tempoh lima (5) bekerja, kami mempunyai hak untuk membawa hadiah yang tidak dituntut tersebut ke GMW minggu-minggu berikutnya. Bagi isu ini, pemenang asal dilucutkan hak keatas tuntutan hadiah.

Bolehkah hadiah ditukar kepada wang tunai, atau lain-lain barangan yang sama nilai?

Tidak. Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau barangan lain.

Berapa lama kami akan dapat hadiah tersebut?

Kami sedaya upaya untuk membuat penghantaran secepat mungkin selepas mendapat maklumat dari pemenang. Selepas itu, ia bergantung kepada pihak kurier.

Saya menang, tapi kakitangan Wiser.my belum balas WhatsApp saya?

Kami sedia upaya untuk membuat penghantaran secepat mungkin. Tambahan lagi, kakitangan Wiser.my yang mengendalikan GMW turut mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu disiapkan. Harap bersabar dan tidak perlu untuk mesej bertali arus di WhatsApp.

Ada masalah dengan hadiah. Apa yang perlu dilakukan?

Kami tidak bertanggungjawab dengan kehilangan, kerosakan atau lain-lain masalah sewaktu tempoh penghantaran.

Kami juga tidak akan bertanggungjawab atas jaminan sekiranya hadiah tidak berfungsi, berhenti berfungsi, atau mengalami masalah lain.

Namun begitu, kami berusaha untuk memastikan hadiah yang dihantar berada dalam keadaan baik.

Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan hadiah?

Pihak Wiser.my akan menanggung kos penghantaran oleh kurier sahaja. Sekiranya terdapat kos-kos tambahan lain, ia perlu ditanggung oleh pemenang.

Siapa yang taja hadiah GMW?

Buat masa sekarang, ia ditaja sepenuhnya oleh Wiser My Sdn Bhd. Berkemungkinan pada masa hadapan akan ada syarikat atau jenama lain yang ingin berkolaborasi dengan kami untuk menjalankan GMW.

Kenapa saya tidak pernah menang?

Seperti yang telah dinyatakan diatas, GMW terbuka untuk semua pembaca Wiser.my. Kami faham anda mungkin kecewa kerana tidak pernah menang, tetapi apa yang boleh kami beritahu adalah untuk terus berusaha.

Adakah GMW ini betul-betul berlangsung dengan telus?

Wiser.my sedia ditubuhkan sejak 2016 dan mempunyai ratusan ribu pengguna yang mengikuti kami di laman Wiser.my, Facebook, YouTube, Instagram, Twitter serta TikTok.

GMW adalah salah satu inisiatif kami dalam memberi penghargaan kepada pengguna yang setia mengikuti setiap kandungan yang diterbitkan.

Justeru itu, pemilihan pemenang dibuat secara rawak dan adil untuk memastikan kepercayaan pengguna.

Saya menang GMW dan mahu ucap terima kasih. Bagaimana harus saya lakukan?

Anda boleh muat naik gambar bersama hadiah di sosial media dan tag #GMW #wisermy atau ucap terima kasih di Facebook Messenger.

Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway Mingguan Wiser. Kami akan berusaha untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik dari masa ke masa.