Seperti yang tertera di tajuk, produk kali ini boleh kita kategorikannya sebagai “adik bongsu” dalam keluarga vivo V30.
Hal ini kerana prestasi dalamannya hanya berada di paras sederhana sahaja jikalau kita lihat ia pada perspekstif peranti yang dibina untuk melakukan tugasan berat. Namun, peranti ini tidak dibina untuk fungsi sedemikian.
Akan tetapi, patutkah vivo V30e ini tergolong sekali dalam senarai para pengguna yang sedang mencari telefon baru jenis bajet ataupun telefon ‘kedua’ sekali gus tidak akan memberikan masalah yang kerap berlaku?.
Mari ketahui lebih lanjut tentang telefon ini dengan membaca artikel ini sebagai pengetahuan dan rujukan sebelum membuat pilihan yang tidak memuaskan hati anda.
Kita akan mulakan dahulu dengan spesifikasi yang disediakan untuknya.
Spesifikasi
[specs]
Cip: Snapdragon 6 Gen 1 (2.2 GHz)
Memori: 8+12GB RAM LPDDR4X
Storan: 256GB UFS 2.2
Sistem Operasi: Funtouch OS 14
Skrin: AMOLED 6.78 inci, resolusi 2400 x 1080, 120Hz, kecerahan puncak 1300nits
Kamera: 50MP Sony IMX 882 utama, 8MP ultra lebar, 32MP swafoto, rakaman video 1080p/4K
Bateri: 5,500mAh, pengecasan berwayar 44W
Lain-lain: USB-C 2.0, Bluetooth 5.1, Wi-Fi 5, penarafan IP64, Aura Light 3.0
[/specs]
{suggest}
Rekaan
Seterusnya kita pergi ke bahagian rekaan yang mana ingin saya ketengahkan bahawa mana-mana telefon keluaran jenama vivo di kelas pertengahan sekarang pasti akan tampil dengan reka bentuk luaran yang agak cantik dan menarik perhatian terutama sekali di panel belakang seperti ia adalah produk-produk keluaran premium.
Sebagai contoh, kita boleh lihat pada model vivo V30e sendiri yang mana ia hadir dengan rekaan melengkung pada skrin dan juga panel belakangnya.
Lebih jelas kecantikannya pada rekaan ‘Sky Mirror’ di mana corak-corak seakan-akan awan yang membentuk selepas ditiup angin tampil dengan kebolehan untuk berubah warna atau lebih sesuai digelar berkilat apabila sumber cahaya terpantul pada permukaannya.
Ditambah pula dengan saiz ketebalan telefon yang nipis walaupun menggunakan bateri yang berkapasiti besar serta kualiti binaan yang tidak terlalu berat dan kukuh walaupun digenggam.
Kamera
Selesai bahagian rekaan, kini kita akan masuk ke bahagian kamera yang mana pebezaannya bermula di modul kameranya yang berbentuk bulatan lain daripada adik-beradiknya yang berbentuk segi empat tepat.
Bagi saya, perkara ini wajar untuk dilakukan oleh pihak vivo kerana model ini adalah versi permulaan dalam siri vivo V30. Namun, masih diterapkan ciri Aura Light 3.0 walaupun kurang berkuasa dari sudut pencahayaan.
Prestasi kameranya pula boleh saya katakan yang ia masih berkemampuan untuk memberikan hasil gambar yang boleh dipertimbangkan dengan spesifikasi kamera belakangnya hanya menawarkan dua jenis lensa sahaja iaitu 50MP (OIS) lebar dan 8MP ultra lebar.
Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, berani saya katakan yang hasil gambar potretnya memang kelihatan cantik dan lawa tetapi jika diperhatikan dengan lebih teliti, ada beberapa kelemahan dari sudut fokus serta potongan pada subjek dan pengaburan latar belakang.
Seperti mana yang diperkatakan tadi, telefon ini masih dilengkapi dengan ciri Aura Light 3.0 sama seperti model-model yang lain tetapi telah dikurangkan keberkesannya dari sudut pencahayaan yang memerlukan kemahiran pengguna sendiri dalam memilih posisi yang betul untuk mengambil gambar jenis flash.
Boleh baca artikel INI untuk pencerahan yang lebih lanjut.
Prestasi
Sekarang kita akan masuk bab prestasi yang mana bagi saya jika dilihat daripada sudut kenyataan spesifikasi yang diberikan, telefon ini memang wajar berada di kelasa pertengahan.
Walau bagaimanapun, ia masih lagi mampu untuk menjalankan tugas-tugas harian yang asas seperti menonton video, mendengar lagu dan lain-lain lagi tanpa ada masalah dari sudut sekatan animasi.
Permainan mudah alih yang asas seperti Mobile Legends serta PUBG MOBILE juga boleh dimainkan tanpa ada kerisauan pada suhunya yang akan naik secara mendadak sejurus selepas membuka aplikasi.
Tambahan, vivo sendiri tidak memberi kenyataan bahawa telefon ini dibina khas untuk gaming apatah lagi untuk permainan seperti Genshin Impact, Wuthering Waves ataupun lain-lain yang bergrafik tinggi.
Cuma, jikalau storannya boleh dipertingkatkan kepada versi UFS 3.1 adalah lebih bagus untuk prestasi yang lebih pantas dalam membaca data berbanding UFS 2.2.
Kelengkapan lain seperti skrin AMOLED, jujur saya katakan yang ia kurang memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan kerana telefon ini tidak sokong resolusi HDR. Jadi, video di Netflix yang ditetapkan resolusi HDR tetap akan ditonton dalam mod biasa.
Lain pula pandangan untuk baterinya kerana telefon ini mempunyai kapasti bateri terbesar dalam kalangan adik-beradiknya walaupun kadar pengecasan 44W-nya mampu mengecas telefon ini sehingga penuh dari paras 20 peratus dalam masa satu jam.
Kelemahan
Perkara ini saya kemukakan hanya sekadar pengetahuan awal untuk anda yang tertanya-tanya mengenai kelemahan telefon ini.
Ada dua perkara dan salah satunya adalah perisian remeh (bloatware) yang tersedia secara automatik dalam jumlah yang terlalu banyak sehingga boleh membuatkan semua pengguna berasa rimas.
Keduanya, pembesar suara jenis mono yang mana memang kurang sesuai atau kata nama lainnya kurang puas untuk menonton video, filem apatah lagi mendengar lagu.
Jangan risau kerana “adik-beradik” lainnya juga menggunakan pembesar suara jenis mono juga.
Kesimpulan
Walau apapun, perkara yang tidak berani untuk saya nafikan tentang vivo V30e ini adalah ia merupakan sebuah peranti telefon pintar kelas pertengahan yang mempunyai banyak juga kebaikan dengan ketetapan harga di bawah RM1,500 iaitu RM1,399.
Antara kebaikannya yang dapat disimpulkan adalah reka bentuk yang premium, prestasi kamera yang baik serta kapasiti bateri yang paling besar dalam siri vivo V30.
Untuk anda yang mementingkan kualiti audio, boleh pilih alternatif lain dengan harga yang lebih kurang sama seperti iQOO Z9 5G ataupun realme 12+ 5G.
Beli vivo V30e di
Shopee – https://invl.io/cll2l3v
Lazada – https://invol.co/cll2l3w