Umum

Ulasan Ringkas: Samsung Galaxy J7 Prime Dan Galaxy J5 Prime

Samsung Galaxy J7 Prime telah dilancarkan pada awal hari ini di India diikuti bersama model seiras yang bersaiz sedikit kecil iaitu Galaxy J5 Prime. Model J-series ini mendapat sambutan hangat di pasaran India untuk telefon pintar mid-range.

Syarikat dari Korea itu telah mendapat peningkatan hasil jualan sebanyak 10.9% daripada suku sebelum ini dan peningkatan sebanyak 15% berbanding suku yang sama tahun lepas. Kedua dua model ini memiliki design yang sama yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari  dan mempunyai
rekaan badan besi.

Galaxy J7 Prime akan dilengkapi dengan paparan HD penuh IPS berukuran 5.5 inci bersama 2.5D Corning Gorilla Glass 4 dan resolusi 1080 x 1920 pixels . Ianya dikuasai oleh Andorid Marshmallow 6.0. Anda juga akan mendapati peranti ini mempunyai responsivity sewaktu membuka apilikasi yang lebih cepat kerana ianya dibina dengan pemproses 1.6GHz octa-core Cortex-A53 dan mempunyai RAM sebanyak 3GB sementara memori dalaman adalah sebanyak 32GB. Seperti biasa, anda boleh menambah storan luaran dengan menggunakan port microSD sehingga 256GB. Ianya dibina bersama chipset Exynos 7870 Octa.

Dari segi kamera, Samsung Galaxy J7 Prime mempunyai kamera depan 8 Mega-pixel bersama aperture f/1.9, satu penambahbaikkan daripada model sebelum ini iaitu Galaxy J7. Kamera belakang pula mempunyai 13 Mega-pixel dengan aperture yang sama dan juga fungsi LED flash. Kualiti video pula 1080p iaitu 30fps.

Yang menariknya Galaxy J7 Prime ini dilengkapi dengan ciri S Power Planning yang dapat menjimatkan penggunaan bateri. S Power Planning mempunyai 3 jenis;

1.Reserve Battery Capasity, untuk panggilan telefon dimana pengguna dapat memperuntukkan beberapa peratusan bateri untuk panggilan kecemasan dan mesej.

2.Extend Battery Time, dapat memberi jangka hayat bateri dua kali ganda namun sesetengah aplikasi tidak dapat digunakan atau ciri ciri lain akan di hentikan.

3.Forward Calls, adalah fungsi dimana pengguna dapat sambungkan panggilan ke nombor telefon yang lain jika anda kehabisan bateri.

Galaxy S7 Prime mempunyai kapasiti bateri (built-in) sebanyak 3300mAh. Ianya juga mempunyai sokongan dwi-kad sim. Dari segi keupayaan sambungan 4G LTE dan Micro USB bersama OTG. Dari segi harga, ianya dikatakan mempunyai harga di dalam lingkungan RM1200 – RM1300.

Selain daripada itu,Galaxy S7 Prime mempunyai ciri S Secure dimana anda dapat mengunci aplikasi anda jika anda mahu merahsiakan aktiviti nakal anda dengan pasangan. Ya, beberapa aplikasi di Play Store sudah pun dapat memberi fungsi yang sama, namun ciri  built-in ini mampu memberikan ciri keselamatan yang lebih bervariasi.

Samsung Galaxy J5 Prime pula mempunyai saiz badan yang lebih kecil dengan rekaan paparan Type Super AMOLED bersama resolusi 720 x 1280 pixels. Saiz skrin untuk model ini ialah 5.2 inci dan dibina dengan Quadcore 1.2GHz Cortex-A53 dan chipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410. Berbanding Galaxy J7 Prime, model ini mempunyai RAM sebanyak 2GB dan 16 GB memori dalaman.

Dari segi kamera, Galaxy J5 Prime mempunyai 13 Mega-pixel bersama aperture f/1.9 kamera belakang dan juga LED flash. Kamera depan pula mempunyai 5 Mega-pixel. Antara perbezaan lain adalah seperti kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding Galaxy J7 iaitu 3100mAh. Harga untuk Galaxy J5 Prime ini pula dianggarkan dalam RM 900 – RM1000.

Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top