Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gadjet Kecil Ini Menjadikan Telefon Pintar Anda Kamera Imej Thermal

Gadjet Kecil Ini Menjadikan Telefon Pintar Anda Kamera Imej Thermal

Diterbitkan Ogos 24, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Gadjet Kecil Ini Menjadikan Telefon Pintar Anda Kamera Imej Thermal

The Seek CompactPRO adalah sebuah peranti yang disambungkan ke telefon pintar anda dan mampu memaparkan imej thermal.

Kepada sesiapa yang minat terhadap struktur banggunan atau sambungan besi misalnya sudah pasti Seek CompactPRO adalah sebuah peranti yang anda perlu miliki. Ianya mempunyai berat lebih kurang 10 gram dan ianya sangat mudah untuk di bawa kemana mana. Seek CompactPRO juga boleh disambungkan ke peranti Android atau iOS. Ia juga mempunyai aplikasi sendiri yang dapat memaparkan bacaan tenaga haba atau imej thermal dari -40 ke 625 F dari jarak 550 meter.

Dengan harga RM 1800, kamera thermal ini sudah semestinya bukanlah gadjet mainan. Ianya digunakan oleh profesional di dalam bidang pembinaan atau kejuruteraan yang lain. Ia mampu menyimpan gambar thermal di dalam format radiometric file yang menghasilkan gambar 76,800 pixel yang mampu di analisa bersertakan maklumat haba dengan terperinci.

Jika dibandingkan dengan peranti imej thermal yang lain yang kebiasaanya digunakan di dalam industri, Seek CompactPRO ini jauh lebih murah, lebih ringan dan kecil.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY