1.Rekaan Luaran
Minix Neo U1 ini tampil dengan rekaan sebuah kotak hitam bersama antena yang boleh dilaras di bahagian tepi. Minix Neo juga memiliki beberapa jenis port seperti fon telinga, fon kepala, USB 2.0, OTG, HDMI dan Optical SPDIF. Butang 'Power' berbentuk bulat diletakkan juga di bahagian tepi. Dari segi kualti binaan, ianya dibinda dengan gentian plastik yang membuatkan Minix ini ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana.
Dari segi eksesori pula, Minix Neo U1 menawarkan beberapa kabel seperti kabel HDMI, Micro-USB, OTG dan power adapter 5V(3A).
2. Hardware dan Software
Minix Neo U1 dibina dengan pemproses Quad Core Cortex A53 (64-Bit) bersama dengan GPU Penta-Core Mali-450 dan juga CPU ARM Cortex-A53 Quad Core. Ianya juga memiliki RAM bersaiz 2GB DDR3. Storan dalaman pula menggunakan eMMC 5.0 Storage (MLC) yang bersaiz 16GB.
Dari segi perisian pula Minix Neo U1 menggunakan Sistem Operasi Android Lollipop 5.1.1. Jika dilihat dari segi hardware, Minix Neo U1 ini bukanlah antara peranti yang mempunyai keupayaan yang tinggi namun sudah memadai untuk anda strim siaran TV pilihan anda dengan lancar. Namun pastikan sambungan internet anda juga memuaskan. Minix Neo menawarkan sambungan internet 802.11ac 2 x 2 MIMO Dual-Band Wi-Fi (2.4GHz/5.0GHz), dan juga Bluetooth 4.1.
3. Antara-Muka Dan Fungsi
Setelah anda menyambungkan Android TV Box dengan TV, anda akan sampai ke 'Home Page' . Di sini anda dapat mengawal dengan menggunakan alat kawalan jauh. Namun anda terpaksa membeli alat kawalan jauh berasingan. Kali ini kami menggunakan Neo A2 Lite. Dengan Neo A2 Lite anda boleh menggunakan pad kekunci di bahagian belakang untuk menaip. Anda juga berupaya menggunakan 'hand gesture' untuk mengawal pergerakan penunjuk.
Di 'Home Page' anda dapat memuat turun segala aplikasi di Play Store seperti Fun Run 2, FIFA Ultimate Team, Netflix, Youtube dan bermacam-macam lagi. Anda boleh pergi ke 'Apps' untuk memuat turun sebarang aplikasi. Yang menarik tentang TV box seperti Minix Neo U1 ini adalah mereka menawarkan aplikasi seperti Kodi. Kepada yang belum tahu, Kodi ini adalah sebuah perisian 'open source' yang dicipta khusus untuk hiburan. Ianya adalah aplikasi yang percuma. Walaupun pada mulanya Kodi dicipta untuk Microsoft Xbox (XBMC), mereka terus berevolusi dan melebarkan sayap mereka ke peranti TV Box yang lain. Tidak seperti Chromecast atau Plex, Kodi ini di diuruskan oleh organisasi 'Non-Profit' dan ianya sentiasa diubah dan ditambah oleh beratus-ratus pencipta 'code' di serata dunia.Untuk Neo U1, mereka menampilkan versi Kodi yang terbaru iaitu Kodi 16-Jarvis. Dengan menggunakan Kodi, anda boleh menyaksikan pelbagai siaran TV yang ditawarkan. Siaran TV US pun kadang-kala dapat disaksikan secara percuma. Ada juga yang mengatakan Kodi adalah sebuah aplikasi 'pirate' yang mencuri pelbagai siaran TV dari serata dunia.
4. Rumusan
Jika dibandingkan dengan Android TV Box terbaik seperti NVIDIA Shield, COOLEAD® Q Ultra 4K dan EASYTONE CX919 yang berada di pasaran, Minix Neo U1 tidaklah jauh ketinggalan. Minix Neo U1 adalah sebuah peranti yang dinaik taraf daripada model Neo X8-H Plus. Dilihat juga mereka tidak lagi menyumbat ciri-ciri yang tidak penting. Dari pengisian juga nampak lebih kemas dan 'clean cut'. Ianya mudah untuk dikawal dan mudah untuk mengekses aplikasi yang ditawarkan. Neo U1 juga memberi sokongan video 4K pada 60Hz dan berharga cuma RM 450 dan tambahan RM 80 untuk alat kawalan jauh Neo A2 Lite.
Peranti Android Tv Box ini amatlah sesuai untuk digunakan jika anda mahukan pelbagai hiburan dengan menggunakan hanya satu peranti. Cuma tidak pasti sama ada TV Box ini mampu pergi lebih jauh kerana peranti yang anda gunakan sekarang sudah mencukupi untuk melakukan tugasan yang ditawarkan oleh TV Box seperti menonton YouTube atau Netflix. Dari segi Game pula, permainan yang ditawarkan di PlayStore juga boleh dimainkan di telefon pintar. Bayangkan anda bermain Clash of Clan di telefon pintar, dengan TV Box anda boleh bermain di TV (skrin lebih besar). Cuma sedikit keburukan yang jelas kami nampak adalah grafik permainan agak mendukacitakan jika nak dibandingkan dengan konsol permainan seperti PS4 atau XBox.
Apa pandangan anda?
Berkaitan
- (Ulasan) Oppo R17 Pro - Telefon Pintar Yang Hampir Sempurna
- (Ulasan) Samsung Galaxy S10 Lite, Peranti Yang Baik Tetapi Bukan Sempurna
- (Ulasan) Honor Play - Peranti Yang Menidakkan Slogan Kata "Hobi Kami Mahal"
- (Ulasan)HONOR Watch Magic - Jam Pintar Bajet Yang Berbaloi Untuk Dimiliki
- (Ulasan) Mi Mix 2S - Permata Baru Dari Tanah Tembok Besar
- (Ulasan) Samsung Galaxy M20 - Pemangkin Kebangkitan Samsung Dalam Liga Pertengahan
- (Ulasan) Oppo F9 - Rupa Paras Premium Pada Peranti Kelas Pertengahan
- (Ulasan) Samsung Galaxy Note 9 - Layak Dinobatkan Sebagai Raja Android Bagi Tahun 2018
- (Ulasan) Samsung Galaxy A50 - Penguasa Baharu Kelas Pertengahan
- Ulasan Honor 10 - Adakah Ini 'Flagship Killer' Untuk Tahun Ini