Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myFirst 3dpen thumbnail

(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak

Diterbitkan Julai 9, 2026 · Dikemas kini Julai 9, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Ringkasan Ulasan: myFirst 3dPen Make

Wiser memberi myFirst 3dPen Make skor 8/10. Harganya di Malaysia ialah RM169 semasa ulasan ini diterbitkan pada 9 Julai 2026.

Produk myFirst 3dPen Make
Skor Wiser 8/10
Harga (semasa ulasan) RM169
Diulas oleh Iskandar Afiq Shaharuddin
Tarikh ulasan 9 Julai 2026

Kelebihan

  • Boleh digunakan secara wayarles (tanpa perlu sambung wayar)
  • Pen cepat panas (untuk panaskan filamen)
  • Boleh dicas semula
  • Mesra kanak-kanak
  • Keluaran filamen cepat kering
  • Filamen yang dipanaskan selamat dipegang
  • Filamen PCL mesra alam

Kekurangan

  • Kurang sesuai bagi yang tangan kidal
  • Hasil keluaran filamen tidak konsisten
  • Muncung pen terasa panas
  • Tidak boleh guna filamen jenama lain

Beli di: Shopee · Lazada

Adakah anda mengetahui tentang seni tiga dimensi (3D)? Dan apakah itu 3D pen?

Jika anda tidak tahu, gambar ini menunjukkan kedua-duanya:

(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
Seorang pelukis melukis seni 3D menggunakan 3D pen. Dari MakeAGIF.

Sebelum ini, saya telah menguji kamera buatan myFirst, iaitu myFirst Insta Lux. Setelah puas menjadi jurukamera, kini saya kembali kepada asal usul Pendidikan Seni Visual dalam menguji myFirst 3dPen Make, iaitu sebuah pen berdakwatkan filamen PCL yang membolehkan penggunanya melukis seni tiga dimensi (3D).

Unit yang telah saya uji adalah unit versi ‘Creator Kit’ yang mempunyai lebih banyak barang disertakan.

Screenshot 2026-07-06 120855
Set biasa. Dari myFirst.
(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
Set ‘Creator Kit’.

Jika anda membeli set ‘Creator Kit’, ini adalah goodies yang terkandung:

(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
Barang-barang yang terserta dalam kotak.
buku manual myfirst 3dpen
Manual pengguna dengan templat-templat melukis.

Apa Yang Ada Pada myFirst 3dPen Make?

Antara spesifikasi-spesifikasi menarik pen ini adalah ia ringan (46g), boleh dipakai sambil pen dicas, ada bateri untuk penggunaan tanpa wayar, dan pengecasan dengan USB Type-C.

Selain itu, kelajuan pengacuan (molding speed) boleh laras kepada dua tahap. Sama juga dengan suhu.

tahap myfirst 3dpen
Tahap kelajuan pengeluaran filamen.

Berikut adalah kawalan dan butang yang ada pada pen tersebut:

butang utama myfirst 3d pen
butang tepi myfirst 3d pen
sambungan pada myfirst 3d pen

Filamen yang dipakai adalah jenis PCL, iaitu satu bahan poliester yang boleh biodegradasi, jadinya ia adalah mesra alam. Bahan ini juga boleh dicairkan pada suhu yang rendah, jadi ia juga mesra kanak-kanak.

Tambahan pula, filamen ini cepat kering. Jadi kanak-kanak tidak perlu tunggu lama untuk terus melukis.

Setelah habis melukis, filamen akan keluar dari pen secara automatik selepas beberapa minit.

Pengalaman Berkarya Dengan myFirst 3dPen Make

Bermula dari awal, daripada tiga set filamen yang disediakan dalam kotak, saya memilih “Insect Adventure Theme” kerana ia melibatkan melukis seekor kumbang kura-kura sahaja, dan patutnya cukup mudah untuk dilukis.

salah satu set myfirst 3dpen
Set “Insect Adventure Theme”.
kumbang kura-kura setup
Set untuk melukis kumbang kura-kura.

Sebelum melukis, saya memastikan helaian termoplastik diletakkan di atas templat untuk mengelakkan filamen melekat.

helaian termoplastik
Helaian termoplastik, tahan haba.

Adik saya menjadi test user untuk pen ini. Sambil dia melukis, saya memantau dan mengajar dia serba sedikit cara untuk meggunakan pen ini.

drawing with myfirst 3dpen make
Adik saya cuba belajar pakai pen.
(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
Hasil lukisan saya vs. adik saya.

Adik saya cuba sekejap sahaja, tetapi dia cepat pelajari cara mengawal pen ini. Jelaslah penggunaan pen ini tidak mengelirukan.

buatan myfirst 3dpen
Cubaan untuk melengkapkan karya adik saya. Tidak pasti ini serangga apa…

Sebelum saya mula melukis, saya ada buat sedikit kajian mengenai 3D pen. Apa yang saya perasan, ada pen seperti 3Doodler Pro yang membolehkan pelukis melukis “di atas udara”.

Memandangkan pen myFirst ini juga adalah ‘3D pen’, saya terasa ingin cuba…

Cubaan melukis “di atas udara” gagal. Ini kerana filamen tidak cukup keras dan kukuh untuk berdiri dengan sendiri. Mungkin teknik saya tidak betul…

test lukis atas udara
Cubaan gagal. (Video dilajukan 2x)

Tetapi, ada cara lain. Contohnya, jika anda ingin melukis sebuah rumah 3D, perlulah dilukis dinding-dinding dan bumbung secara berasingan. Kemudian, barulah dicantumkan dengan tambahan filamen yang bertindak sebagai gam untuk menjadikannya ‘3D’.

Layering juga adalah penting. Teknik ini melibatkan proses pelukisan berulang kali atas satu lapisan filamen sehingga menjadi lebih tebal.

Inilah teknik yang digunakan untuk membuat ‘custom keychain’ saya. Hasilnya, ia terasa lebih solid, dan sekeras batu.

thickness of keychain myFirst 3dPen
Ketebalan ‘keychain’ buatan saya.
drawing keychain with myfirst 3dpen
Tekun membuat ‘keychain’ bintang.
(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak
Hasil ‘keychain’ bintang.
imagery of the keychain as a necklace
Gambaran ‘keychain’ menjadi gelang leher.

Sambil itu juga, saya ada cuba melukis atas tangan.

drawing using myFirst 3dpen on hand
Cubaan melukis di atas tangan saya. Terasa sedikit panas. Nasib baik tidak melekat.
cubaan melukis atas tangan sekali lagi
Cubaan melukis atas tangan sekali lagi. Rasa macam kena gigit semut sedikit.
filamen tidak melekat pada tangan
Filamen tidak melekat pada tangan.

Maka, benarlah dakwaan myFirst. Filamen yang telah dipanaskan adalah mesra kulit.

Tapi, satu AMARAN saya: jangan sentuh bahagian muncung pen ketika melukis. Ia panas.

Sebelum saya menyimpulkan pengalaman saya, ada satu perkara kecil yang saya ingin nitpick: kejanggalan menggunakan pen.

Sebagai seorang yang bertangan kidal, ia terasa kurang natural, lebih-lebih lagi disebabkan kedudukan butang ‘start/stop’. Mungkin bagi pengguna bertangan kanan, pengalaman menggunakan pen ini akan terasa lebih natural. Tetapi, ini bukanlah masalah besar.

kedudukan butang pada myfirst 3dpen
Lebih sesuai bagi pengguna dengan tangan dominan kanan.

Pada akhirnya, pen ini sangat menyeronokkan kerana ia membangkitkan jiwa kanak-kanak dalam diri saya. Semenjak dua menjak ini, saya jarang melukis, dan aktiviti seperti ini membuatkan saya rindu untuk melukis.

Kesimpulan

myFirst 3dPen Make adalah sebuah produk yang universal kerana ia amat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira kanak-kanak ataupun dewasa.

Pada pendapat saya, produk seperti ini mendorong kanak-kanak untuk mula berkecimpung dalam dunia seni, dan mula merealisasikan imaginasi di minda melalui seni 3D.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau anak mereka ketika menggunakan pen ini atas beberapa sebab: muncung pen yang agak panas dan bahaya dipegang, dan memastikan anak-anak tidak menggigit filamen.

Selain itu, saya tidak nampak sebarang kekurangan lain pada produk ini. Apa yang boleh nampak adalah ia satu medium untuk mengelakkan kanak-kanak mahupun ibu bapa daripada bermain telefon dan doomscrolling (menatal kandungan media sosial secara berterusan).

Ia bertujuan untuk mencipta memori dan meluangkan masa bersama dengan membuat karya-karya masing-masing, tidak kira jika hasil karya anda bersifat ‘avant-garde’ atau ringkas sahaja.

Saya juga rasa lebih seronok membuat ‘keychain’ menggunakan pen ini berbanding melayari media sosial.

Sebenarnya, ada banyak templat disertakan, dan pelbagai jenis objek lagi anda boleh lukis dan cipta, tetapi saya simpan itu untuk anda teroka sendiri.

Anda boleh mendapatkan myFirst 3dPen Make pada harga serendah RM169 bagi set biasa, dan RM299 bagi set ‘Creator Kit’. Filamen tambahan pula berharga antara RM38-52.

Berkaitan

  • (Ulasan) myFirst Insta Lux - Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar 'Kamera Mainan'
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook Ultra - Laptop Korporat Paling 'Ultra', Tapi Ada Sesuatu Yang Kurang
  • (Ulasan) Infinix GT 50 Pro - Prestasi Gaming Gagah Tapi Harga RM1,899 Terlalu Banyak Pesaing Terdekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
©2026 WISER.MY