Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook Art 14

(Ulasan) HONOR MagicBook Art 14 – Skrin Luas Dengan Kamera Yang Boleh Sorok

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: HONOR MagicBook Art 14

Wiser memberi HONOR MagicBook Art 14 skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM5,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 24 September 2024.

Produk HONOR MagicBook Art 14
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM5,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 24 September 2024

Kelebihan

  • Ultra nipis dan ringan
  • Cip pemproses berprestasi
  • Kemasan buatan premium
  • Skrin sentuh OLED
  • Bingkai skrin nipis seakan tiada
  • Kamera web unik boleh tanggal

Kekurangan

  • Agak panas selepas lama diguna
  • Bateri kurang dari 10 jam
  • Trackpad kurang lancar dan terlalu besar, ganggu keselesaan

Beli di: Shopee · Lazada

Di sebalik persaingan komputer riba yang sengit di pasaran tempatan mahupun global, HONOR tetap hadir dengan menawarkan barisan komputer riba kepada para pengguna saban tahun.

Sekali gus menghangatkan lagi persaingan sedia ada yang biasanya dipelopori jenama-jenama komputer yang biasa kita dengar seperti Acer, Asus, Lenovo, Apple, HP dan lain-lain.

Jadi untuk tahun 2024 ini, Honor hadir dengan sebuah komputer riba ultra ringan dan nipis yang premium untuk ditawarkan pengguna menerusi HONOR MagicBook Art 14.

Ultra ringan dan nipis

HONOR MagicBook Art 14 adalah sebuah komputer riba ultra ringan dan nipis. Mana tidaknya, dengan saiz 14 inci, ia hanya seberat 1kg dan senipis 1cm.

Jadi, alasan berat untuk tidak membawanya ke mana-mana bersama adalah alasan yang tidak logik.

Kemasan premium dan unik

Komputer riba terbaru HONOR ini sememangnya dibuat dengan kemas dan baik sekali.

Senang cerita, kualiti buatannya sudah cukup untuk menunjukkan bahawa ia sebuah komputer riba premium yang pastinya menarik mata pembeli di luar sana.

HONOR MagicBook Art 14
Komputer riba ini hadir dengan rekaan unik di mana kameranya boleh tanggal.
HONOR MagicBook Art 14
Kedudkan kamera juga boleh dialih menghadap depan mahupun belakang.
HONOR MagicBook Art 14
Ruang simpan kamera tersebut yang terletak dibahagian tepi.

‘Trackpad’ besar tak semestinya bagus

HONOR MagicBook Art 14 dilengkapi dengan trackpad yang besar bagi kawalan ke atas kursor. Saiznya yang besar memberikan permukaan yang luas untuk mengawal kursor dengan lebih bebas.

Cuma dari segi kelancarannya, ia agak menjengkelkan kerana acap kali kawalan kursor menjadi tersekat-sekat.

Sebagai contoh, ia tersekat-sekat ketika menatal laman sesawang atas, bawah, kiri dan kanan serta kerap kali berlaku di mana ia secara tidak sengaja membuka pautan seperti kita klik pada pautan itu atau menjadi arahan klik kanan.

Begitu juga rekaan trackpad sehingga ke hujung tanpa ada sempadan menyebabkan kerap kali klik dibuat secara tidak sengaja oleh tapak tangan.

HONOR MagicBook Art 14

Bateri hampir 10 jam

Bateri HONOR MagicBook Art 14 boleh dikatakan sebagai tahan lama di mana ia mampu memberikan sehingga hampir 10 jam operasi dengan sekali cas penuh.

Tetapi bagi sebuah peranti moden dan premium, prestasi baterinya  boleh boleh dikata sebagai prestasi sederhana kerana pengguna pasti mahukan komputer riba dengan keupayaan bateri yang lebih tahan lama.

Skrin OLED sentuh 

Menariknya lagi HONOR MagicBook Art 14 ini, ia dilengkapi skrin 3.1K OLED sentuh yang bersaiz 14.6 inci.

Malah dengan rekaan bingkai yang nipis, ia menjadikan sudut visual yang cukup luas tanpa anda sedari sedari saiz skrinnya itu.

Ciri skrin sentuh pula sangat lancar tanpa lag sedikit pun. Malah menatal laman sesawang dengan menyentuh skrin komputer riba ini lebih menyeronokkan berbanding menggunakan trackpad-nya.

Satu lagi aspek menarik tentang skrinnya adalah ia bersaiz penuh tanpa gangguan. Ini kerana kamera webnya tidak berada di skrin. Sebaliknya, ia diletak di atas skrin. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kamera web itu, boleh disimpan di sisi peranti.

Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin sedikit “bahaya”. Ini kerana, jika kamera web itu hilang atau tersalah letak di mana-mana, tiada alat ganti untuknya buat masa sekarang. Jadi, anda perlu berhati-hati.

Intel Core Ultra

Untuk aspek prestasi pula, ia bukanlah calang-calang kerana ia dipacu oleh pemproses Intel(R) Core(TM) Ultra 5 125H yang cukup berkuasa untuk menyampaikan prestasi yang dimahukan.

Malah kuasa pemprosesannya yang disepadukan dengan Intel® Arc™ graphic terbina dengan keupayaan AI menyokong penjanaan teks ke imej dan penyuntingan video yang dipercepatkan AI.

HONOR MagicBook Art 14
Hadir dalam rekaan ultra nipis, HONOR MagicBook Art 14 menyampaikan prestasi dengan baik secara amnya.

Kesimpulan

HONOR MagicBook Art 14 adalah sebuah komputer riba ultra ringan dan nipis yang premium.

Prestasi dari pemproses Intel secara keseluruhan juga tidak mengecewakan walaupun ia tidak dibina untuk tugas GPU intensif.

Paparan OLED 14.6 inci dengan ciri sentuh yang sejelas kristal, kamera web yang boleh disorok serta storan terbina 1TB antara spesifikasi utama yang menjadi tarikan utama.

HONOR MagicBook Art 14
Rupa bahagian bawah HONOR MagicBook Art 14.

Tetapi beberapa isu seperti isu panas dan keupayaan bateri yang sederhana sahaja mungkin menyebabkan pengguna akan kembali berfikir, adakah ia sebuah peranti yang dimahukan mereka.

Memandangkan kini pengeluar juga sudah mula beralih kepada cip ARM seperti Snapdragon yang jauh lebih jimat tenaga untuk komputer riba.

Rasanya, HONOR mungkin boleh beralih kepada cip ARM selepas ini.

HONOR MagicBook Art 14 sudah pun berada di pasaran yang berharga RM5,999.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY