Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UKM Melancarkan Dua Kenderaan Hidrogen

UKM Melancarkan Dua Kenderaan Hidrogen

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh Anis Maisarah

Sekumpulan penyelidik dari Institut Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan dua kenderaan hidrogen dengan kerjasama pihak industri. Dua kenderaan hidrogen yang dilancarkan tersebut merupakan kereta golf atau disebut sebagai bugi dan kenderaan utiliti sukan mini (Sport Utility Vehicle, SUV).

Menurut Prof. Dato’ Ts Dr. Mohd Ekhwan Toriman, pelancaran kenderaan sel ful hidrogen ini merupakan tanda sokongan terhadap Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCM) 2021-2030 Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, UKM menyokong pengurangan gas rumah hijau (GHG) agar Malaysia dapat menjadi negara neutral karbon seawal tahun 2050.

UKM Melancarkan Dua Kenderaan Hidrogen

Kereta golf merupakan kenderaan hidrogen yang direka dengan kerjasama PETRONAS dan mempunyai keunikan sumber kuasa yang menggunakan sel fuel. Kenderaan SUV pula direka dengan kerjasama syarikat Myrenergy dan ia mampu mencapai kapasiti sehingga 10kW supaya kenderaan bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan yang sepatutnya.

Selain itu, kenderaan SUV itu juga mempunyai unit sokongan seperti pelembap dan pendingin air supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Sumber : Astro Awani  , UKM 

Baca juga:

  • Makin Parah, Kali Ini Google Pula Kenakan Sekatan Pada Pengguna Rusia

  • Manusia Pertama Yang Terima Jantung Khinzir Disahkan Meninggal Dunia

  • Dulu Antik Kini Elektrik, Volkswagen Menampilkan Van EV Terbaru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY