Kita selalu lihat Volkswagen Microbus sebagai sebuah van antik yang sangat unik dan klasik. Terbaru, Volkswagen mengumumkan akan membuat ‘comeback’ van klasik era 1960-an ini sebagai van elektrik atau EV yang dipanggil ID. Buzz.
Pengeluar kereta Jerman itu semalam mendedahkan kenderaan elektrik itu sebagai keturunan abad ke-21 dari generasi T1 Microbusnya. Selama lebih 20 tahun, Volkswagen hanya memperlihatkan rekaan konsep model EV mereka, termasuk ID. Buzz yang mendapat sambutan tinggi pada tahun 2017.
Volkswagen ID. Buzz
Ketua reka bentuk Volkswagen, Josef Kaban, berkata, model ikonik T1 tahun 1950-an itu melambangkan kebebasan dan mobiliti. Melalui ID. Buzz, Volkswagen menggunakan DNA T1 ke atas ID. Buzz seiring dengan menuju ke era ketahanan dan mobiliti elektrik.
Katanya lagi, walaupun microbus asal pertama kali dihasilkan pada tahun 50-an, ia masih menjadi fenomena di kalangan generasi hippie sehingga kini.
ID. Buzz menampilkan logo “VW” bulat besar di bahagian hadapan dan belakang kenderaan, membawa identiti yang sama dengan rekaan asal. Ia juga hadir dengan tingkap besar di sekeliling kenderaan, memberi efek greenhouse, dan beberapa rekaan asal lain yang masih dikekalkan.
ID. Buzz ini juga hadir dengan dua tona warna, dengan bumbung berwarna Candy White dan hood berbentuk V. Bahagian bawahnya pula boleh didapati dalam empat warna: Lime Yellow, Starlight Blue, Energetic Orange, dan Bay Leaf Green.
Dikhabarkan van lima penumpang ini dijangka mula tersedia di Eropah akhir tahun ini, diikuti dengan versi enam atau tujuh penumpang yang lebih besar yang dijadualkan akan tiba di Amerika Syarikat pada 2024.
Tambahan lagi, ID. Buzz bakal hadir dengan pengecasan pantas DC, boleh mengecas sehingga 80% dalam 30 minit.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Volkswagen.
Sumber: The Verge
Baca juga:
- Kapal Pengangkut Volkswagen Hanya Guna Bahan Bakar Dari Minyak Masak Untuk Bergerak
- PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
- TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia