Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
proton x maxis

Proton Dan Maxis Jalin Kerjasama Untuk 5G Di Tanjung Malim

Diterbitkan November 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Proton telah memilih Maxis sebagai rakan kongsi untuk penggunaan 5G dengan menumpukan penggunannya untuk operasi di kilang mereka di Tanjung Malim.

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan PROTON dalam usaha untuk membangunkan Proton City sebagai bandar pintar melalui alatan dan sistem terkini, serta komitmen Maxis untuk meneruskan inovasi dan penyelesaian 5G untuk sektor perusahaan.

Maxis akan menguruskan perkhidmatan secara menyeluruh untuk beberapa penyelesaian IoT di ibu pejabat pembuatan Proton di Tanjung Malim. Penggunaan 5G ini melibatkan sistem Keselamatan Pintar untuk menjejak dan memastikan keselamatan model kereta yang dihasilkan dari kilang pengeluaran.

Selain itu, ia juga akan memanfaatkan sistem sokongan dan penyelenggaraan Augmented Reality/Virtual Reality untuk jurutera PROTON berkomunikasi dengan rakan kongsi antarabangsa mereka dalam masa nyata bagi menyelesaikan masalah, isu teknikal dan memastikan kualiti pengeluaran.

5G juga akan membolehkan PROTON melanjutkan penyelidikan dan pembangunannya dalam teknologi Vehicle-to-Everything (C-V2X) dalam membina kenderaan untuk masa depan.

Sumber: Maxis

Baca juga:

  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB
  • Celcom Dan PLUS Bekerjasama Ke Arah Lebuh Raya Pintar
  • Lebih Seribu Stesen Pemancar Di Kedah Terima Naik Taraf 4G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY