Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Max, Gabung Bil Internet Fiber Dan Telefon

Celcom Max, Gabung Bil Internet Fiber Dan Telefon

Diterbitkan April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Hari ini, Celcom baru sahaja memperkenalkan tawaran internet baharunya menerusi Celcom Max.

Melaluinya, mereka menawarkan pengguna untuk menggabungkan internet Celcom Home Fibre dan pelan pasca bayar Celcom Mega dalam satu bil yang sama.

Berikut adalah harga bagi setiap pelan Celcom Max:

  • Home Fibre (100Mbps) + Celcom Mega (RM80) – RM179 RM200
  • Home Fibre (300Mbps) + Celcom Mega (RM80) – RM199 RM220
  • Home Fibre (500Mbps) + Celcom Mega (RM80) – RM259 RM280

Menariknya dalam Celcom Max, ia turut memberikan penjimatan sebanyak RM21 bagi setiap pengguna seumur hidup. Bermakna, pengguna hanya perlu membayar berdasarkan pelan ditawarkan selagi mana mereka melanggan bersama Celcom.

Screenshot 2021-04-06 at 6.04.56 PM

Selain itu, 100 pelanggan terawal yang melanggan pelan tersebut bermula 6 April sehingga 9 April bakal menerima sebulan bil secara percuma.

Tambahan lagi, setiap langgan Celcom Max turut diberikan router AX secara percuma. Malah, pelanggan yang melanggan pelan 500Mbps ke atas turut menerima router TP-Link Deco X20 Mesh WiFi 6 dengan percuma.

Sekiranya anda berminat, anda boleh melanggan Celcom Max ini menerusi Celcome Bluecube atau pengedar yang sah. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Celcom.

Sumber: Celcom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY