Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UiTM Perkasakan Agenda Pendidikan Bersama TikTok

UiTM Perkasakan Agenda Pendidikan Bersama TikTok

Diterbitkan April 15, 2022 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini niversiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TikTok Pte Ltd (TikTok) bagi meneroka platform media sosial yang tersedia itu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan terkini.

MoU itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama strategik dan memperkasa penggunaan aplikasi TikTok yang merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dan platform video pendek yang amat terkenal di seluruh dunia sebagai satu platform perkongsian ilmu.

“Dengan reputasi Tiktok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna setakat Mac 2022, pastinya kerjasama ini akan membuka lebih banyak ruang untuk memperhebatkan pengajaran dan pembelajaran khususnya secara jarak jauh dan terbuka. Ini adalah selari dengan konsep Education 5.0 @ UiTM untuk menyediakan pendidikan yang bersifat lebih fleksibel selaras dengan peralihan dan trend teknologi yang terkini”. Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor.

Melalui memorandum ini, UiTM – TikTok akan memperkenalkan beberapa projek dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka di UiTM selain daripada pendidikan formal semasa sesi kuliah.

UiTM berharap usaha ini dapat merubah perspektif umum berkenaan penggunaan TikTok bagi melahirkan pelajar yang lebih kompetitif, kreatif dan proaktif dalam gedung pendidikan negara.

Kerjasama antara UiTM dan TikTok bukanlah asing kerana pada tahun 2021 lalu, UiTM Cawangan Sabah telah memperkenalkan TikTok Guru Bah! yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Sumber: UiTM

Baca juga:

  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Ini Cara Untuk Tambah Kalendar Hijrah Pada Peranti iOS Anda
  • Telefon Terbaik Bawah RM2000 Setakat April 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY