Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

UGREEN Lancar Dua ‘Power Bank’ Nexode Baharu, Pengecasan Lebih 100W

Posted on Ogos 23, 2024Ogos 23, 2024

Kali ini UGREEN  kembali dengan Siri Nexode Power Bank  yang menampilkan dua model output tinggi dengan kapasiti pengecasan melebihi 100W. Ia bukan hanya mampu mengecas telefon pintar, tablet dan peranti lain dengan pantas, tetapi juga komputer riba pada saat kecemasan.

Kedua-dua model itu dilengkapi keupayaan pengecasan pantas 65W yang mampu mengecas peranti dalam hanya 1.5 jam dan dikatakan boleh mengecas iPhone 15 sehingga sebanyak empat kali, siri ini serasi dengan lebih 1,000 peranti mudah alih.

Bentuk lajur Nexode Power Bank yang inovatif memaksimumkan penggunaan ruang, menjadikannya ringan, padat dan mudah dipegang. Struktur pintar ini memastikan bank kuasa dapat muat dengan selesa dalam bagasi tangan atau tapak tangan.

Seperti pengecas-pengecas UGREEN lain, kedua-dua model itu juga memaparkan skrin emoji comel yang menunjukkan status pengecasan.

Siri Nexode Power Bank menampilkan dua model. UGREEN Nexode Power Bank 20,000mAh 130W dilengkapi 2 port USB-C dan 1 port USB-A. Model ini direka khususnya untuk perjalanan perniagaan jarak jauh, dan juga sesuai untuk aktiviti luar seperti perkhemahan dan fotografi.

Ia membekalkan sumber kuasa yang boleh dipercayai untuk peranti-peranti utama, dengan paparan TFT yang menyediakan maklumat seperti status bateri, watt dan voltan yang terperinci, beserta skrin emoji.

Sementara itu, UGREEN Nexode Power Bank 12,000mAh 100W mempunyai 1 USB-C dan 1 port USB-A, menjadikannya sesuai untuk perjalanan sehari-hari. Model ini menawarkan pengecasan pantas untuk telefon dan peranti lain semasa perjalanan singkat. Dengan ciri mudah alihnya, ia sesuai untuk perjalanan perniagaan yang singkat dan aktiviti luar, serta dilengkapi paparan LCD yang menunjukkan status bateri dan emoji yang comel.

Paling penting, reka bentuk siri Nexode Power Bank amat menitikberatkan soal keselamatan dengan menerapkan pelbagai pensijilan keselamatan profesional serta 13 lapisan ciri perlindungan keselamatan.

Ini termasuk sel kuasa litium-ion gred automotif dengan jangka hayat yang panjang serta rangka kalis api V-0 bagi menjamin ketahanan dan keselamatan pengguna. Selain itu, sistem pemantau suhu unik UGREEN, Thermal Guard, menyediakan pengesanan suhu masa sebenar dan pelesapan haba berkelajuan tinggi bagi memberi pelindungan maksimum semasa pengecasan.

Siri Nexode Power Bank UGREEN menetapkan piawaian baharu dalam penyelesaian pengecasan mudah alih. Gabungan kuasa tinggi, reka bentuk inovatif dan ciri keselamatan berfungsi memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Untuk harga, ia dijual pada harga permulaan RM158 untuk kapasiti 12,000mAh.

Beli produk UGREEN di:

Shopee – https://invl.io/cll0yn0

Lazada – https://invol.co/cll0yo9

{suggest}

Sumber : Siaran Media UGREEN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress