UFS 3.1 Diumumkan, Storan Yang Lebih Pantas Dan Cekap Tenaga Untuk Peranti

JEDEC Solid State Technology kini tampil mengumumkan standard baru bagi storan, UFS 3.1. Membawa beberapa penambahbaikan daripada UFS 3.0, ia dikatakan lebih laju dan cekap tenaga.

Melalui UFS 3.1 ini, tiga aspek peningkatan telah diberikan berbanding versi terdahulu. Pertama adalah Write Booster yang menggunakan non-volatile cache SLC bagi meningkatkan kelajuan Write. Seterusnya adalah DeepSleep untuk pengendalian tenaga yang lebih cekap. Terakhir sekali adalah Performance Throttling Notification untuk memberitahu hos sekiranya suhu tinggi apabila storan dikerah.

Dengan kehadiran UFS 3.1, kita boleh menjangkakan yang mana beberapa model flagship tahun ini akan dilengkapkan dengannya.

Storan UFS sedia diperkenalkan sejak 2015 yang lalu dengan peranti pertama menggunakannya adalah Samsung Galaxy S6. Sepanjang tahun lalu, peranti-peranti dipasarkan dengan storan UFS 2.1 dan 3.0 yang lebih pantas berbanding eMMC.

Sumber: JEDEC via XDA Developers