Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lIyre32 (1)

Peminat ‘One Piece’ Tuduh Ubisoft Curi Rekaan Pedang Zoro

Diterbitkan Julai 18, 2024 · Dikemas kini Julai 18, 2024 oleh ariff bukhari

Belum pun dilancarkan judul permainan baharu mereka, Assassin’s Creed: Shadows, Ubisoft kini berdepan dakwaan meniru rekaan pedang Roronoa Zoro dari ‘One Piece’.

Dakwaan itu muncul selepas seorang pengguna X mendedahkan perkara itu apabila membandingkan rekaan pedang Zoro dengan pedang yang diguna karakter bernama Yasuke dalam Assassin’s Creed: Shadows.

https://x.com/pewpiece/status/1812168225536287045?t=fyatxWdickNumjwdLFZqPA&s=19

Perkongsian itu menunjukkan bagaimana pedang Yasuke kelihatan sama seperti Sandai Kitetsu digunakan Zoro.

Dalam gambar lain, peminat dapat melihat persamaan rekaan yang sangat antara dua pedang tersebut. Malah Ubisoft juga didakwa menyalin tulisan pada dua tempat letak pedang tersebut.

Ekoran itu, sesetengah peminat tegar One Piece mahukan pihak Ubisoft memberi kredit kepada One Piece dan Eiichiro Oda kerana meniru reka bentuk tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Ubisoft menerima kritikan yang teruk ke atas permainan Assassin’s Creed: Shadows yang dijadual akan dilancar pada November akan datang.

Sebelum ini peminat telah menunjukkan tanda tidak setuju mereka terhadap fakta bahawa terdapat banyak ketidaktepatan sejarah dalam permainan itu.

Mereka juga mengkritik keputusan untuk memasukkan Yasuke dan mempersoalkan jika set permainan di Jepun memerlukan protagonis berkulit hitam.

Untuk menunjukkan kemarahan mereka, satu petisyen telah dibuat untuk membatalkan permainan itu yang telah mendapat lebih 73,000 undi.

Berkaitan

  • Uniqlo Meraikan Ulang Tahun Ke-25 One Piece Dengan Siri Grafik Baju-T Mengagumkan
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Game Rant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY