Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
video gif twitter

Lebih Kurang Macam “Boomerang”, Ini Cara Buat Video GIF Di Twitter

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Twitter baru sahaja melancarkan ciri baharu buat penggunanya. Ciri ini membolehkan pengguna untuk membuat video GIF terus melalui kamera pada iOS untuk dikongsikan di Twitter.

Video GIF seperti semua maklum adalah sebuah klip video pendek tanpa bunyi bermain secara berterusan tanpa memerlukan sesiapa untuk memainkannya.

Caranya mudah sahaja. Dalam aplikasi Twitter, klik butang “Tweet Baharu”, kemudian klik ikon foto.

Kemudian klik pada ikon kamera dan pastikan anda berada dalam mod GIF (boleh dilihat pada bahagian bawah skrin setelah kamera dibuka).

Seterusnya, anda boleh mula rekod dengan menekan dan menahan butang rekod.

Cara mudah ini turut dikongsikan oleh Twitter awal pagi tadi.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1506346203310612490?s=20&t=QytoewI-1j8WeJj91WNhaw

Walau bagaimanapun, ciri video GIF di Twitter ini hanya tersedia buat pengguna iOS buat masa ini. Dilaporkan pihak Twitter masih belum menyatakan bila ianya akan hadir untuk pengguna Android.

Sumber: Twitter Support

Baca juga:

  • Twitter Uji Fungsi ‘Spaces’ Baharu Tapi iOS Sahaja Boleh Guna Dulu
  • Cetus Kontroversi, Akhirnya Twitter Kembalikan Ciri Lama Ini
  • Twitter Kemas Kini Fungsi Kapsyen Gambar, Lebih Terperinci

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY