Twitter Arah Pengguna Untuk Tukar Kata Laluan Mereka Segera

Twitter pada Khamis (3 Mei) telah mengarahkan pengguna perkhidmatan laman sosial mereka untuk menukar kata laluan dengan segera, menurut CNBC. Ini kerana mereka memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah yang berlaku pada sistem dan menyebabkan kod-kod berkaitan sistem mereka telah disimpan di dalam log dalaman tanpa sebarang kawalan keselamatan. Ini menyebabkan maklumat-maklumat sulit termasuk kata laluan pengguna terdedah kepada ancama penggodam.



Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal berkata masalah ini berpunca daripada sejenis virus yang menyerang sebuah perisian yang mereka gunakan untuk mempertingkatkan ciri keselamatan mereka. Beliau turut menasihatkan agar pengguna Twitter turut menukar kata laluan pada mana-mana aplikasi atau akaun yang menggunakan kata laluan yang sama seperti Twitter milik mereka.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey telah membuat satu kiriman pada akaun Twitter beliau berikutan pengumuman Parag itu. Dalam kiriman itu, Dorsey telah menegaskan bahawa kejadian ini tiada kaitan dengan sebarang cubaan penyalahgunaan data pengguna atau menceroboh hak privasi pengguna mereka. Pihak beliau juga telah menyatakan kekesalan atas kejadian ini serta membuat permohonan maaf kepada semua pengguna Twitter di seluruh dunia.

https://twitter.com/jack/status/992143463356362753

Untuk makluman, pada hari ini dilaporkan jumlah keseluruhan pengguna Twitter di peringkat global ialah sekitar 336 juta orang. Pihak Twitter juga telah mengucapkan penghargaan kepada pengguna mereka atas kepercayaan dan kesetiaan mereka kepada Twitter selama ini. Selain itu, mereka juga berjanji akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan mereka agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Sumber