Kalau anda menggunakan Android TV, Google TV atau Android box (seperti Xiaomi TV Stick) dan ada masalah Internet walaupun sudah disambungkan ke Wi-Fi yang stabil, maka artikel ini untuk anda.

Minggu lalu, saya hadapi isu dengan Android box saya iaitu Xiaomi TV Box S di mana ia tidak dapat mengakses internet walaupun sambungan Wi-Fi sangat stabil (router sebelah Android box).
Wi-Fi laju, tapi TV masih tak dapat akses Internet
Di halaman utama TV, paparan menjadi kosong dan tunjukkan “Loading error“. Aplikasi seperti YouTube, HBOMax dan lain-lain juga tidak dapat diakses dan memberikan error yang sama kecuali satu aplikasi iaitu Netflix.
Ya, saya dapat akses Netflix dan bahkan mainkan mana-mana video tanpa sebarang masalah. Pelik!
Bahkan, peranti lain juga tidak ada apa-apa masalah dengan Wi-Fi yang sama.

Pelbagai cubaan, semua gagal
Saya cuba restart TV, restart Android box, restart router Wi-Fi, bahkan putuskan sambungan Wi-Fi melalui “Forget network” dan sambung semula namun semuanya gagal.
Semua lampu di router juga menyala dengan elok, tiada bil tertunggak dan agak mustahil syarikat telekomunikasi sekat akses Wi-Fi daripada Android box.
Solusi yang ringkas
Selepas mencari solusi di Internet, rupa-rupanya penyelesaiannya ialah untuk betulkan waktu TV Android/Android box supaya menjadi automatik.
Ikut langkah di bawah untuk lakukannya.
- Pergi ke Quick Settings (klik ikon gear di atas, sebelah butang Home)
- Klik All Settings
- Pilih System
- Pilih Date & Time
- Pilih Automatic Date & Time, pilih Auto Synchronization
- Jika Auto Synchronization memang sudah dipilih sebelum ini, maka pilih Off dan pilih semula Auto Synchronization
- Matikan dan hidupkan semula Android box

Jika masih ada paparan error, klik “Retry” untuk sistem cuba semula mengaskes Internet. Masalah sambungan sepatutnya sudah selesai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
{suggest}
