Kempen yang dijalankan dengan kerjasama Celcom ini adalah bertujuan untuk meraikan bakat yang ada dalam rakyat Malaysia terutama semasa situasi sekarang.
Dengan kempen ini, vivo mengajak anda untuk berkongsikan video pendek atau mengambil gambar kemahiran yang anda temui semasa berada di rumah.
Sebagai contoh, anda boleh pamerkan kemahiran melukis, memasak, menari atau apa-apa sahaja.
Sekiranya berminat, anda perlu membuat pembelian telefon vivo menerusi pelan pascabayar Celcom MEGA.
Kemudian, anda hanya perlu memuat naik rakaman atau gambar di akaun Instagram atau Facebook. Pastikan akaun dalam tetapan 'Public'.
Seterusnya, jangan lupa untuk memasukkan kapsyen dan tanda pagar #vivoWithTheFlow. Nyatakan sekali dalam kapsyen, mengapa anda layak untuk memenanginya.
Tambahan lagi, kapsyen yang kreatif dan unik, bakal menerima markah lebih dalam kempen ini.
Peserta yang menerima jumlah likes yang banyak berpeluang memenangi Philips Android TV 4K 55 inci beserta Philips soundbar speaker. Kempen ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 15 April 2021.
Sumber: Siaran Akhbar vivo
Berkaitan
- Membeli Sambil Menderma Melalui Kempen vivo Care Mulai Hari Ini
- Celcom Tawar Tukar Kad SIM 4G Percuma
- Sebab Lensa Telefoto vivo X100 Pro, Gambar Ini Dapat Dihasilkan - Jurugambar
- vivo X90 Pro Dan iQOO 11 Sedia Terima Android 14 Beta Untuk Pembangun
- Ini Adalah Harga Bagi Siri vivo V21 Untuk Pasaran Tempatan
- Harga Internet Fibre CelcomDigi Turun, 50Mbps Pada RM75 Sebulan
- Hasil Gambar Siri vivo X100 Dipersembah Dalam Pameran Fotografi Antarabangsa
- vivo Patenkan Kamera 'Pop-Up' Yang Amat Unik
- Serlahkan Kreativiti Anda, vivo Malaysia Anjur Pertandingan 'Unboxing' Y36
- Ambil Gambar Bulan Dan Menangi TWS Menerusi Pertandingan vivo Ini