Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x100 series

Sebab Lensa Telefoto vivo X100 Pro, Gambar Ini Dapat Dihasilkan – Jurugambar

Diterbitkan Januari 21, 2024 · Dikemas kini Januari 21, 2024 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda tidak tahu, vivo pada tahun ini masih bekerjasama dalam pameran fotografi antarabangsa Jimei x Arles di Xiamen, China.

Melaluinya, empat jurugambar dari Malaysia turut memenangi dan hasil gambar mereka diperlihatkan sepanjang pameran tersebut berlangsung.

Empat wakil daripada Malaysia yang terpilih dalam pameran ini ialah, Najmuddin Muif Bin Zulkifli, Muhammad Haris Hakimi Bin M Zamri, Yih Chang Chew dan Tang Yeong Sheng.

photo_2024-01-21 17.59.38
photo_2024-01-21 17.59.30
photo_2024-01-21 17.59.39

Disebabkan itu juga, kami berpeluang untuk bertanya beberapa soalan berkaitan pendapat mereka terhadap fotografi.

Menurut Yih Chang Chew (IG yihchang) yang juga telah memenangi banyak anugerah di dalam dan juga luar negara mengatakan mobile photography sangat memudahkan.

Sebab Lensa Telefoto vivo X100 Pro, Gambar Ini Dapat Dihasilkan – Jurugambar

Apabila menggunakan telefon pintar, ia umpama kita mempunyai pelbagai lensa dan secara tak langsung juga memberikan kita lebih banyak pilihan ketika mahu mengambil gambar.

Bagi Najmuddin Muif (IG n.muif) pula, beliau mengatakan mobile photography sudah berkembang luas yang mana kebanyakan telefon pintar pada masa sekarang mempunyai kamera yang baik. Disebabkan itu, setiap orang boleh menjadi mobile photographer.

Sebab Lensa Telefoto vivo X100 Pro, Gambar Ini Dapat Dihasilkan – Jurugambar

Selain itu, saya juga bertanyakan kepada mereka, apakah ciri yang menarik dan paling mereka suka pada vivo X100 Pro memandangkan hasil gambar yang dipamerkan di Jimei x Arles ini ditangkap menggunakan peranti tersebut.

Masing-masing memberi jawapan yang sama, iaitu kemampuan zum kamera menerusi lensa telefotonya yang baik buat masa sekarang. Tambahan lagi, ia juga memberikan kualiti gambar yang jelas dan tajam dalam apa jua situasi.

Malah, dengan pelbagai lensa ini turut memberikan kelebihan kepada anda untuk dapatkan banyak perspektif atau sudut ketika mahu mengambil gambar.

vivo x100 pro

Berdasarkan jawapan mereka berdua berkaitan ciri menarik pada siri vivo X100, ia sebenarnya seiring juga dengan pendapat kami di Wiser.MY yang mana setakat yang kami uji buat masa sekarang, lensa telefoto pada siri X100 memang antara yang terbaik.

Akhir sekali, saya bertanyakan apa nasihat yang mereka boleh beri kepada anda di luar sana yang minat fotografi tetapi tidak mempunyai idea untuk menghasilkannya.

Kedua-duanya juga memberi jawapan serupa dan anda pun boleh agak yang mana mereka mengatakan dalam fotografi, anda kena sentiasa perlu bereksperimen dan sentiasa cuba untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut dan perspektif.

Jangan takut untuk mencuba kerana ia merupakan satu proses pembelajaran dan jangan mengalah atau berhenti mengambil gambar. Sentiasa teruskan untuk melakukan aktiviti tersebut. Lama kelamaan anda akan mahir.

Berkaitan

  • 'Trade-in' Untuk Siri vivo X100 Sekarang Dan Nikmati Diskaun Sehingga RM500
  • Hasil Gambar Siri vivo X100 Dipersembah Dalam Pameran Fotografi Antarabangsa

Beli siri vivo X100 di:

Shopee – https://invl.io/cljqrab

Lazada – https://invol.co/cljqrah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY