Hasil Gambar Siri vivo X100 Dipersembah Dalam Pameran Fotografi Antarabangsa

Jimei x Arles International Photo Festival 2023 telah pun bermula sejak 15 Disember 2023 dan menutup tirainya pada 21 Januari 2024 di Xiamen, China.

Dalam pameran fotografi antarabangsa ini, beberapa syarikat terkemuka bekerjasama dan mengambil bahagian seperti Fujifilm, Leica dan lain-lain.

Ia turut disertai jenama vivo yang mana bukan sahaja mempersembahkan hasil kerja mereka tetapi juga merupakan rakan kongsi pengimejan premium.



Untuk pameran kali ke sembilan ini, vivo membawa empat tema, iaitu ‘In Time’, ‘In-Place,  ‘On the scene’, dan ‘Before the eyes’.

 

Tumpuan utama, semestinya pada tema ‘Before The Eyes’ yang mana menampilkan empat jurugambar dari Malaysia terpilih sebagai pemenang.

Tema ini memfokuskan hasil gambar berkaitan matahari dan ia seiring dengan salah satu ciri terbaharu dalam siri vivo X100 yang turut hadir dengan ciri untuk mengambil gambar matahari terbenam.



Menerusinya, vivo semakin memperkuatkan lagi kedudukan mereka dalam arena fotografi mudah alih atau mobile photography.

Dalam pada itu, pameran ini turut mempersembahkan pemenang tahun lalu.