Tular Video TikTok Berkaitan Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia Di Malaysia, KKM Respon

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai respon terhadap video tular diplatform media sosial TikTok mengenai pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan.

KKM menjelaskan bahawa tiada pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan buat masa ini.

Sebaliknya klip video yang dikongsikan di TikTok itu adalah berkaitan dengan Program Eradikasi Malaria. Ia tiada kena mengena dengan Program Kawalan Denggi mengunakan nyamuk Aedes berWolbachia.

Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang dijumpai secara semulajadi dalam 60-70% serangga di alam sekitar.

Bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam nyamuk Aedes aegypti boleh merencatkan replikasi virus denggi di dalam badan nyamuk seterusnya menghalang penularan virus denggi daripada nyamuk kepada manusia.

Nyamuk Aedes berWolbachia tidak member kesan sampingan kepada nyamuk atau persekitaran dan tidak diubahsuai secara genetik. Hasil penyelidikan di Malaysia dari tahun 2017 sehingga 2019 menunjukkan, penurunan kes denggi di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di antara 50%-80% berbanding lokaliti tapa pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.

KKM menerangkan, Operasi Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2019 sebagai strategi tambahan bagi menangani peningkatan kes dan wabak denggi di lokaliti yang melaporkan kes yang tinggi.

Kaedah ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Australia, Indonesia dan Brazil yang menunjukkan penurunan kes di antara 70% hingga 76% di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.

Di Malaysia, sehingga kini operasi ini telah dilaksanakan di 7 buah negeri melibatkan 28 lokaliti. Setelah 2 tahun pelaksanaan operasi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia, sebanyak 16 daripada 19 lokaliti pelepasan telah menunjukkan tren penurunan kes demam denggi di antara 33% hingga 100%.

Di samping it satu daripada baki 3 lokaliti yang lain telah menunjukkan kekal tiada kes denggi dan dua 2 lokaliti lagi telah menunjukkan tiada peningkatan kes denggi di mana bilangan kes yang dilaporkan juga adalah rendah.

Ekoran itu, KKM menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan Operasi Pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia.

{suggest}

Sumber: Siaran Media KKM