Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
One Piece

Pelakon Suara Asal One Piece Kembali Untuk Aksi Sebenar Di Netflix

Diterbitkan Julai 3, 2023 · Dikemas kini Julai 3, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik untuk peminat tegar anime One Piece di mana Netflix memaklumkan bahawa pelakon suara asal Jepun bagi anime itu akan memainkan semula peranan mereka dalam siri aksi sebenar One Piece yang akan tersedia di Netflix secara global pada 31 Ogos 2023.

ONE PIECE | Japanese Voice Actors & Original Straw Hats
Mayumi Tanaka, Kazuya Nakai, Akemi Okamura, Kappei Yamaguchi dan Hiroaki Hirata masing-masing kembali  memainkan peranan mereka untuk versi alih suara bagi karakter-karakter aksi sebenar One Piece Netflix.

Untuk siri aksi sebenar One Piece Netflix itu, karakter-karakter utama dilakonkan oleh Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Siri itu dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix.

Eiichiro Oda yang juga pencipta asal manga One Piece bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama-sama dengan Marty Adelstein dan Becky Clements.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • UNIQLO Keluarkan Koleksi Baju-T NARUTO Sempena Sambutan Ke-20 Tahun
  • Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'


Sumber: Siaran Media Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY