Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Delete Messages

Ciri Mesej Terpadam Secara Automatik Pada WhatsApp Beta Dikemaskini

Diterbitkan November 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pernah dikhabarkan kira-kira dua bulan yang lepas, ciri mesej terpadam secara automatik untuk aplikasi WhatsApp versi Beta sudah dikemaskini.

Berdasarkan laporan oleh WABetaInfo, kemaskini ciri tersebut telah dikesan pada WhatsApp Beta 2.19.348. Pada awalnya, ciri ini dinamakan sebagai Disappearing Messages namun yang terbaru, ia diubah kepada Delete Messages.

Perubahan pada tetapan tempoh masa mesej terpadam juga dikesan, dimana ia menawarkan pilihan 1 jam, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan dan 1 tahun. Sebelum ini iaitu pada Beta versi awal,  ia hanya menyediakan pilihan 5 saat dan 1 jam sahaja. Selain itu, ciri ini turut diuji dengan tema gelap.

Ciri Mesej Terpadam Secara Automatik Pada WhatsApp Beta Dikemaskini

Masih berada dalam fasa ujian lagi, tarikh penawaran Delete Messages untuk pengguna umum masih belum dapat dipastikan lagi.

Kehadiran Delete Messages pada masa akan datang pastinya memberikan lebih kawalan kepada pengguna dalam memadam mesej yang dikehendaki. Tambahan pula, ia sudah tersedia digunakan pada aplikasi pesaing, Telegram serta aplikasi milik syarikat induk mereka, Messenger.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY