WhatsApp Sedang Uji Ciri Mesej Yang Terpadam Secara Automatik

Teks perbualan kita di platform pemesejan kadangkala terlalu sulit untuk dibiarkan begitu sahaja dan ciri mesej yang boleh terpadam sendiri mungkin sedikit sebanyak membantu.

Selain Facebook Messenger dan Telegram, WhatsApp juga dikhabarkan bakal menawarkan ciri itu untuk pengguna mereka. Melalui ciri "Disappearing Messages", pengguna diberikan keupayaan untuk menetapkan tempoh masa sebelum teks perbualan itu terpadam secara automatik.



Terdapat dua pilihan tempoh masa iaitu 5 saat atau 1 jam, dimana sesudah penerima melihat teks tersebut, ia akan terpadam dengan sendirinya dalam had masa yang ditetapkan.

Buat masa sekarang, ciri tersebut masih lagi dalam peringkat ujian awal dan masih belum dapat dipastikan bilakah penawaran versi stabil akan dibuat untuk pengguna.

Sumber: WABetaInfo