Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC Berbelanja Besar, AS$100 Bilion Bagi Atasi Masalah ‘Chipageddon’

TSMC Berbelanja Besar, AS$100 Bilion Bagi Atasi Masalah ‘Chipageddon’

Diterbitkan April 5, 2021 oleh Amsyar Latif

TSMC yang merupakan syarikat gergasi dari Taiwan dalam pengeluaran cip telah merancang dalam melaburkan AS$100 bilion untuk tiga tahun akan datang bagi mengatasi masalah ‘Chipageddon’.

Pelaburan ini dibuat untuk memperbesarkan kilang pengeluarannya dan termasuk untuk bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.

Jika anda tertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘Chipageddon’, ia sebenarnya adalah terma bagi masalah yang melanda kebanyakan jenama elektronik masa sekarang, iaitu kekurangan bekalan cip.

Masalah kekurangan bekalan ini bukan sahaja menjejaskan pengeluaran sesuatu produk kerana tidak dapat memenuhi permintaan, akan tetapi ia turut menyaksikan peningkatan harga.

Berbalik kepada TSMC, syarikat tersebut adalah pembekal utama bagi jenama besar seperti Apple dan Qualcomm.

Dengan ini, mungkin kita dapat lihat Qualcomm tidak lagi menghadapi masalah yang masih melanda sekarang memandangkan mereka adalah pembuat cip terbesar dalam membekalkannya untuk telefon pintar Android menerusi Snapdragon.

Dalam pada itu, Intel dan Samsung juga telah membuat perkara yang sama dimana mereka meningkatkan pelaburan dalam bahagian ini bagi memenuhi permintaan pelanggannya.

Sumber: marketwatch, bbc

Foto utama: bbc

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY