Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tower of Fantasy

Tower of Fantasy Sedia Dimuat Turun, Sokong Resolusi UHD Dengan 90Hz

Diterbitkan Ogos 10, 2022 oleh Firdaus

Pada beberapa minggu yang lepas, Tower of Fantasy telah mengeluarkan pengumuman rasmi akan permainan video tersebut akan dilancarkan 10 Ogos ini.

Walau bagaimanapun, ToF telah tersedia untuk dimuat turun pada tengah malam 9 Ogos lepas. Saya telah mengambil peluang ini untuk memuat turun game ToF ini dan saiz asal di Google Play Store adalah sekitar 700Mb.

Tower of Fantasy

Seterusnya, terdapat fail tambahan yang perlu anda muat turun selepas memasang ToF ini dalam saiz sekitar 7,500MB (7GB).

Berkaitan

  • Tower of Fantasy Dilancar 10 Ogos, Mungkin Bakal Jadi Pesaing Terkuat Genshin Impact
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022
  • Xiaomi Kembali Rampas Takhta Telefon Pintar Nombor 1 Di Malaysia

Saiz tersebut tak dinafikan memang besar tetapi tidak sebesar fail tambahan Genshin Impact yang saiznya 2 kali ganda lagi besar.

Tower of Fantasy

Setakat ini, anda hanya boleh memuat turun sahaja tetapi tidak boleh mula bermain ToF ini kerana waktu rasmi pelancarannya adalah pada 00:00 (UTC+0) 11/8/2022 atau pukul 8 pagi waktu tempatan hari Khamis nanti.

Tower of Fantasy

Antara tarikan utama yang saya tunggu-tunggu adalah ToF mempunyai sokongan UHD pada kadar segar semula 90Hz.

Tower of Fantasy

Jika anda bertanya kepada saya, itu adalah satu tetapan grafik yang sangat tinggi terutamanya mobile game seperti ToF ini. Jadi sama-samalah kita tunggu masa pelancaran ToF ini pada Khamis ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY