Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng nfc touch n go

Touch ‘n Go Terima 2 Anugerah Untuk RFID Dan NFC

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Touch ‘n Go Sdn Bhd menerima dua anugerah dalam Malaysia Technology Excellence Awards 2023 untuk perkhidmatan RFID dan  NFC.

tng 2 anugerah rfid nfc 2

Bagi RFID, ia dianugerahkan melalui kategori Fintech – Financial Technology untuk perkhidmatan isian minyak melalui RFID.

Perkhidmatan isian minyak dengan RFID tersedia di 180 stesen minyak Shell. Ia akan ditingkatkan ke 300 stesen seluruh negara menjelang penghujung 2023.

tng 2 anugerah rfid nfc

Anugerah kedua iaitu dalam kategori E-Wallet – Financial Technology untuk NFC, ia dianugerahkan bagi ciri tambah nilai kad terus melalui sentuhan fizikal pada telefon menerusi aplikasi TNG eWallet.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut syarikat ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Technology Excellence Award.

Berkaitan

  • Cara Letak Widget TNG eWallet Pada 'Lock Screen' iPhone Untuk Mudahkan Pembayaran Di Kedai
  • Kad TNG NFC Dijual Mulai Jam 7AM Setiap Hari Di Lazada
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20

Pada tahun 2022, kumpulan menerima anugerah bagi kategori Fintech – Payments dan Fintech – Financial Services.

Sumber: Siaran Akhbar Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY