Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tonton Treler Awal UFL, Akses Awal Kini Dibuka Dengan Tarikh Pelancaran Diumumkan

Tonton Treler Awal UFL, Akses Awal Kini Dibuka Dengan Tarikh Pelancaran Diumumkan

Diterbitkan Disember 1, 2024 · Dikemas kini Disember 2, 2024 oleh ariff bukhari

Pesaing kepada permainan bola sepak EA FC 25 dan eFootball, UFL (United Football League) secara rasminya akan dilancarkan pada 5 Disember 2024 ini.

Tetapi peminat permainan bola sepak boleh mengakses awal permainan ini sekarang dengan memasang mana-mana edisi permainan ini pada platform pilihan mereka.

UFL tersedia pada pelbagai platform termasuk PC Steam, Xbox dan PlayStation 5.

Walau bagaimanapun, akses awal UFL hanya eksklusif untuk pemain konsol manakala pemain PC perlu menunggu sehingga tarikh keluaran rasmi pada 5 Disember 2024.

Permainan ini menawarkan tiga edisi selain versi asas, menampilkan UFL Foundation, UFL Club, dan Ultume UFL Club.

Pra-pesanan edisi bundle pula boleh dibeli dengan harga USD14 untuk mendaftar dalam akses awal mulai 28 November 2024.

UFL adalah permainan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Strikerz Inc. Ia akan boleh dimainkan secara percuma di mana mod permainan dalam talian hanya akan memadankan pemain dengan lawan yang memiliki tahap kemahiran yang sama sahaja.

Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah melabur sebanyak £40 juta untuk membangunkan judul permainan baharu ini.

 

Berkaitan

  • Cristiano Ronaldo Lancar 'Game' Bola Sepak Percuma Untuk Xbox Dan PS 4/5
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Team Vamos Tewaskan Wakil Argentina Dengan Skor 11 'Kills' Berbalas 4

Sumber: Sports Skeeda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY