Tonton Siaran Langsung Facebook Vivo Malaysia Untuk Mendapatkan Tawaran Telefon Pintar Yang Menarik

Dengan tanda pagar #dudukrumah berikutan PKP yang sedang dijalankan, vivo Malaysia telah memperluaskan flash sales menerusi siaran langsung di Facebook vivo Malaysia. Siaran langsung tersebut berlangsung bermula 24 sehingga 31 Mac ini.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh tonton Shopee Live dan Lazada Live di platform berkenaan pada masa yang berbeza. Kempen ini akan dianjurkan oleh 7 Techies dan pencipta kandungan dalam kongsikan spesifikasi peranti dan tawaran istimewa kepada orang ramai. Perkongsian tersebut diadakan melalui siaran langsung di setiap platform.

Semasa tawaran ini berlangsung, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar vivo S1 Pro secara percuma. Selain itu, pelanggan juga boleh dapatkan diskaun sehingga RM 100, lanjutan jaminan sehingga 6 bulan dan hadiah eksklusif percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook vivo Malaysia dan laman rasmi vivo.