Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASTRO innovathon

Tonton ‘INNOVATHON’ Eksklusif Di Astro Ria Bermula 15 Julai 2023

Diterbitkan Julai 5, 2023 · Dikemas kini Julai 5, 2023 oleh ariff bukhari

Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, ‘INNOVATHON’ dalam memaparkan skil dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosiekonomi.

‘INNOVATHON’ akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Manakala program ini akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro SHOWCASE, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria.

‘INNOVATHON’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

‘INNOVATHON’ merupakan pertandingan yang buat julung kali diterbitkan secara besar-besaran menerusi Astro menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara.

Peserta termuda berusia 7 tahun manakala yang tertua pula berusia 73 tahun bersaing untuk memenangi sokongan pelaburan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1,000,000.

Kerjasama ini juga menyaksikan buat julung kalinya 2 Menteri Kabinet Malaysia menyertai ‘INNOVATHON’ sebagai panel juri iaitu Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli dan Menteri MOSTI, YB Chang Lih Kang. Usahawan wanita serta pelakon popular, Nur Fazura turut memegang peranan sebagai juri.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 55% Pengguna Malaysia Tak Jadi 'Check Out' Sebab Kaedah Pembayaran - Laporan
  • Nothing Phone (2) Akan Dilancar Di Malaysia Pada 14 Julai Bersama Yes
  • Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia

Sumber: Siaran Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY