Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘ in Celebration of National Day and Malaysia Day – 2

Memang Menggamit Memori, Jom Tonton Filem Pendek Merdeka PETRONAS – “Rai”

Diterbitkan Ogos 22, 2023 · Dikemas kini Ogos 22, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti biasa pada setiap tahun apabila hampir tibanya Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia PETRONAS akan mengeluarkan filem pendek betemakan kenegaraan.

Jadi untuk tahun ini, PETRONAS mengeluarkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Rai’ – sebuah kisah yang menggambarkan semangat persahabatan dan perpaduan yang dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu ikonik dahulu seperti lagu ‘Warisan’ oleh Sudirman, ihsan Sony dan Universal Music.

Berlatarkan 1986, filem ini mengisahkan Amri dan rakannya, Maniam, yang telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas sebagai pekerja PETRONAS.

Perpindahan yang menarik ini menyaksikan kedua-dua sahabat itu menyertai persidangan Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang bertepatan pada masa dan tempat yang sama dengan konsert terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad di Chow Kit.

Di sana, Amir jatuh cinta pandang pertama dengan Su Lin, seorang penghibur tarian untuk konsert itu. Namun, kejadian yang tidak dijangka mengubah rencana kehidupan mereka.

“Filem Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kami diilhamkan daripada nostalgia dan melodi yang terus menyatukan manusia merentas generasi dan budaya di Malaysia. Filem ini memfokuskan kepada sejarah dan warisan yang dikongsi bersama yang telah menyatukan rakyat Malaysia sepanjang tahun.” Pengurus Besar Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS, M. Fazli Ibrahim.

Saksikan ‘Rai’, kisah perpaduan dalam persahabatan, istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini.

https://youtu.be/rhaGriU-mjU

Berkaitan

  • PETRONAS Iona Jadi Pelincir Rasmi Pasukan Lumba Motorsikal Elektrik Energica
  • Lahir Dalam Bulan Ogos? Anda Boleh Lawati Menara Berkembar Petronas Percuma
  • Sisa Sawit Ada Potensi Jadi Bahan Api Kapal Terbang
  • Sembang Kencang Tapi Pencapaian 5G Tidak Seperti Yang Dijanjikan - Telco Korea Selatan

Sumber: Siaran media PETRONAS

(Beli produk PETRONAS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY