Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PETRONAS Iona Jadi Pelincir Rasmi Pasukan Lumba Motorsikal Elektrik Energica

PETRONAS Iona Jadi Pelincir Rasmi Pasukan Lumba Motorsikal Elektrik Energica

Diterbitkan Jun 23, 2023 · Dikemas kini Jun 23, 2023 oleh ariff bukhari

Energica hari ini memaklumkan bahawa mereka telah bergabung tenaga dengan PETRONAS Lubricants International dengan menjadi Rakan Kongsi Perindustrian Energica dan Penaja Utama Racing America Energica untuk musim 2023.

Energica kini menyokong pasukan Tytlers Cycle Racing dengan kepakaran yang tidak ternilai dan jentera yang luar biasa dalam Kejohanan Kebangsaan Super Hooligan Roland Sand Design, yang merupakan sebahagian daripada siri MotoAmerica.

Energica adalah satu-satunya pengeluar EV yang bersaing bersama pemain ICE (Internal Combustion Engine) yang lain untuk sepenuh musim perlumbaan itu.

PETRONAS Lubricants International menerusi PETRONAS Iona iaitu jenama pelincir generasi akan datang yang disesuaikan khusus untuk kenderaan elektrik merangkumi cecair e-Transmission, cecair e-Cooling, dan e-Greases.

PETRONAS Lubricants International menambah Energica ke senarai perkongsian dengan OEM (Original Equipment Manufacturers) untuk melanjutkan Penyelesaian Teknologi Bendalirnya (Fluid Technology Solutions™) bagi memenuhi keperluan menuntut kenderaan elektrik.

Model motorsikal yang akan digunakan dalam perlumbaan itu adalah berasaskan Energica Eva Ribelle RS.
Model motorsikal yang ditaja Petronas yang  akan digunakan dalam perlumbaan adalah berasaskan Energica Eva Ribelle RS.

Syarikat Energica Motor adalah sebuah syarikat terkemuka yang menghasilkan motosikal elektrik berprestasi tinggi dan penyepaduan sistem untuk EV.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Judul Permainan 'theHunter: Call Of The Wild' Sedang Percuma
  • U Mobile Lancar U Home 5G, 'Broadband' 4G/5G Serendah RM78 Tanpa Kontrak

Sumber: Energica Motor 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY