Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB elektrik_

TNB Larang Tampal Poster, Bendera, Sepanduk Di Tiang Elektrik

Diterbitkan Julai 31, 2023 · Dikemas kini Julai 31, 2023 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan semua parti politik agar tidak memasang apa jua bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mulai 29 Julai ini.

Larangan ini termasuklah menampal atau menggantung bahan-bahan kempen seperti poster, bendera, gegantung dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.

“…pemasangan bahan-bahan kempen tersebut boleh menghalang warga kerja TNB untuk mendapat akses untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan.” Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood.

Wan Nazmy turut mengingatkan orang ramai agar tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah mana-mana talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera yang diperbuat daripada buluh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.

Aktiviti berbahaya ini juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), iaitu mengganggu, mencacatkan atau merosakkan pepasangan elektrik.

Sehubungan itu, orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik, boleh segera menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • Tenaga Solar Luar Bandar Akan Guna Bateri EV - TPM

Sumber: Siaran media TNB

(Perlukan bank kuasa untuk telefon pintar dan peranti-peranti pintar lain, pilih pelbagai jenis bank kuasa dari pelbagai jenama di Shopee dan Lazada di sini.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY