Namun, jika anda mempunyai banyak teks yang berasingan untuk disalin dan tampal, pastinya sukar untuk melakukannya satu persatu. Tahukah anda Windows telah memberikan penyelesaian ini sejak Windows 10 dikeluarkan?
{suggest}
Bagi pengguna Windows 10 kemas kini Oktober 2018 dan ke atas termasuk Windows 11, anda hanya perlukan hidupkan fungsi Clipboard History dan boleh salin sehingga 25 teks berasingan serta tampal mana-mana daripadanya kemudian.
Ini langkah menghidupkan fungsinya:
- Buka Settings.
- Pergi ke System.
- Tatal ke bawah dan tekan pada Clipboard.
- Hidupkan Clipboard History.

Selesai. Kini anda boleh salin atau copy sehingga 25 kali tanpa hilang. Selepas kali ke-25, maka bahan yang pertama tadi akan dipadam untuk memberi ruang pada bahan yang baru disalin.
Bagi mengakses bahan yang telah disalin untuk ditampal (paste), tekan butang Windows dan huruf V serentak. Senarai bahan yang telah disalin tadi akan muncul. Klik sahaja pada bahan yang mahu ditampal, secara automatik ia akan ditampal pada tetingkap yang dibuka.
Clipboard ini dapat menyalin bahan seperti teks, HTML dan gambar berformat Bitmap sehingga 4MB. Bahan yang disalin sebelumnya juga akan dipadam apabila telah mencapai 4MB.
Bagaimanapun, jika anda telah pinkan satu-satu bahan, maka ia akan kekal tanpa dipadam.

Anda juga boleh hidupkan "Sync accross your devices" jika anda mahu selaraskan (sync) bahan yang anda salin pada semua komputer Windows anda yang lain.
Berkaitan
- Belanjawan 2023: Pencarum KWSP Berumur Atas 40 Tahun Akan Terima RM500 Jika Caruman Bawah RM10K
- BNM Keluarkan Duit Syiling RM1 Dan RM10 Sempena Jubli Emas Kuala Lumpur
- Elon Musk Akan Jadi Tauke Twitter Dengan Harga ~RM190 Bilion, Milikinya 100%
- MIUI 13 Dijangka Dilancar 16 Disember, Mungkin 118 Telefon Ini Yang Menyokongnya
- OnePlus 11 Edisi Jupiter Rasmi, Setiap Unit Mempunyai Corak Tersendiri
- Touch ‘n Go eWallet Perkenal Alipay+ Rewards Bersama 11.11 Mega Deals
- Carl Pei Buat 'Review' OnePlus 11, Baru Sedar Kenapa Pengguna Mahu OxygenOS Yang Lama
- U Mobile Tawar RM98 Untuk 1000GB, Tiada Lagi Giler Unlimited Dan Hero
- PDRM Kesan 106,764 Alamat IP Kongsi Pornografi Kanak-Kanak
- Meta Nafi Laporan Berkenaan Ketirisan Data Melibatkan 11 Juta Akaun WhatsApp Dari Malaysia