Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Menang Anugerah Syarikat Telekom Terbaik 2023

TM Menang Anugerah Syarikat Telekom Terbaik 2023

Diterbitkan April 14, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Telekom Malaysia Berhad (“TM”), melalui cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsanya, TM Global, telah berjaya memenangi dua anugerah di Anugerah Telekom Asia 2023 iaitu Anugerah Syarikat Telekom Terbaik – Malaysia dan Anugerah Inisiatif Syarikat Borong Terbaik – Malaysia.

Anugerah Telekom Asia 2023 merupakan program anugerah yang mengiktiraf pencapaian dan kejayaan syarikat telekomunikasi di seluruh Asia dalam merapatkan jurang dalam pasaran yang mencabar.

Kejayaan itu dicapai TM kerana syarikat itu berjaya membezakan daripada persaingan mereka melalui rangkaian data borong, sambungan dan penyelesaian platform yang meluas dan disesuaikan.

Melalui usaha mereka dalam mengembangkan jangkauan ketersambungan dipacu nilai dan penyelesaian unik di seluruh Malaysia, TM Global telah membolehkan penduduk menerima gaya hidup yang lebih digital dan pengalaman berkualiti tinggi, di samping memperkasakan rangkuman digital yang lebih besar.

TM juga telah mempercepatkan pembangunan ekosistem 5G negara dan meningkatkan perkongsian infrastruktur negara dengan rangkaian kabel gentian domestik yang meluas melebihi 650,000km dan lebih 3 juta akses sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh Malaysia.

Untuk mempertingkatkan lagi Akses Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBA), lebih 670,000 sambungan telah dihantar kepada 5 pembekal jalur lebar tempatan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan luar bandar.

TM juga mengendalikan 6 pusat data di Malaysia, tiga daripadanya diperakui Tahap III dan disambungkan terus ke pintu masuk antarabangsa yang menjadi tuan rumah hyperscaler utama dan pemain utama dari Amerika Syarikat dan Asia.

Berkaitan

  • Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda

Sumber: Asian Telecom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY