Menerusi kerjasama tersebut, TM akan menyediakan perkhidmatan rangkaian HSBB Layer 3 kepada Digi. Ia membolehkan penyedia perkhidmatan digital itu memperluaskan operasinya ke lebih banyak kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, serta memanfaatkan infrastruktur rangkaian fiber TM yang luas dan kukuh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata kerjasama itu akan membolehkan Digi menghubungkan 3 juta isi rumah di seluruh negara dengan perkhidmatan internet fiber. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman kesalinghubungan sepenuhnya di rumah dan di mana-mana sahaja.
Selain itu, memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada juga membolehkan penyedia perkhidmatan untuk memfokuskan perkhidmatan di kawasan penting sekaligus dapat merapatkan jurang digital.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy
- MacBook Air 15-Inci Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM6,199
- Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
- Transformasi Digital, Komunikasi Perlu Ditangani Lebih Baik - PM Anwar
- realme 12 Pro+ 5G Akan Tiba Di Malaysia Hujung Bulan Ini
- Perintah Kawalan Pergerakan - Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma
- CelcomDigi Lancar Pelan Prabayar 5G Baharu, Pas Bulanan Serendah RM25
- OPPO A38 Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599
- Jabatan Imigresen Malaysia Sahkan Insiden Serangan Siber
- Waktu Operasi Mesin ATM Dihadkan 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja - MKN