Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_featured image (1)

Tim Cook Puji DeepSeek Sebagai “Cemerlang”

Diterbitkan Mac 25, 2025 ยท Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan, model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, telah menarik perhatian ramai. Keupayaannya membangunkan teknologi ini pada kos yang jauh lebih rendah berbanding model AI dari Amerika Syarikat menjadi topik perbincangan di peringkat global.

Namun, di sebalik kejayaannya, DeepSeek turut terpalit dengan pelbagai kontroversi, sehingga beberapa negara mengharamkannya pada peranti kerajaan. Malah, model AI ini kini sedang disiasat di AS dan Eropah.

Kontroversi itu bagaimanapun tidak menghalang CEO Apple Tim Cook, daripada memuji DeepSeek sebagai “cemerlang” ketika menghadiri Forum Pembangunan China di Beijing – merupakan lawatan pertamanya ke China tahun ini.

Dalam persidangan pembangun yang dijadualkan berlangsung hari ini, Apple dijangka mendedahkan butiran mengenai Apple Intelligence kepada pembangun di China.

Ketika ini, gergasi teknologi AS itu masih menunggu kelulusan akhir untuk menawarkan Apple Intelligence ke iPhone di negara tersebut.

Apple perlu bijak ‘ambil hati’

Kebergantungan Apple terhadap China sebagai hab pengeluaran utama dan pasaran terbesar menjadikan Cook perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan diplomatik mengenai negara itu.

Walaupun dasar dan tindakan China mungkin bercanggah dengan nilai syarikat itu, Apple tidak mempunyai banyak pilihan.

Antara kompromi terbesar yang perlu dilakukan oleh Apple ialah bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi pelancaran Apple Intelligence di China – termasuk menerima segala bentuk tapisan politik. Malah, kerajaan China juga telah menetapkan dengan jelas bahawa ini bukan pilihan, tetapi keperluan.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Alibaba Sahkan Kerjasama Dengan Apple Untuk Tawar Ciri AI Di China
  • China Puji Kejayaan DeepSeek, Anggap Ia Bukan Pesaing AI Dari AS
  • AS Dilapor Pertimbang Larangan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY