Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok shop yuran

TikTok Perkenal “Shopping Center” Untuk Mudahkan Anda Beli-Belah

Diterbitkan Mac 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai hari ini, pengguna TikTok di Malaysia boleh menguruskan pesanan yang dibeli dengan lebih mudah melalui Shopping Center dalam aplikasi itu.

Bukan hanya pembeli, malah peniaga juga dapat memanfaatkannya untuk pengurusan yang lebih cekap.

TikTok Shop Shopping Centre (3)

Untuk mengaksesnya, tekan saja butang Shop dalam aplikasi tersebut. Oh ya, jangan lupa kemas kini ke versi terbaru dulu.

Dalam Shopping Center ini, anda boleh lihat apa yang ada dalam troli, status pesanan, sejarah pembelian, perbualan dengan peniaga, tetapkan alamat, kaedah pembayaran dan lihat barang-baranag dijual mengikut kategori.

Bagi barang-barang disenaraikan, ia dipisahkan mengikut kategori seperti elektronik, dapur, kecantikan, makanan dan termasuklah jualan kilat.

TikTok Shop Shopping Centre (4)

Dengan pengumuman ini, nampaknya TikTok semakin serius dalam mengukuhkan kedudukan mereka sebagai platform e-dagang, bukan saja sebagai media sosial untuk hiburan.

Imbas kembali, berapa banyak media sosial yang berjaya menjadi tapak niaga untuk penjual kecil-kecilan? Seingat saja, hanya Facebook yang berjaya. Instagram, Twitter mungkin jadi medium untuk hebahan tapi tidak ada laman khas seperti Facebook Marketplace dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • TikTok Dijangka Benarkan Pengguna Muat Turun Video Sebelum 'Upload' Kelak
  • Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
  • Bermula 1 Mac, Peniaga Perlu Bayar 2% Kepada TikTok Shop Sebagai Komisyen
  • Cara Simpan Video TikTok Sebelum Muat Naik Tanpa 'Watermark'
  • TikTok Akan Hadkan Masa 60 Minit Sahaja Kepada Pengguna Remaja

Pada hemat saya, TikTok lebih ‘berkuasa’ kerana ia sendiri menjadi tapak yang bermakna segala transaksi berjalan melalui TikTok sendiri, sama seperti Shopee dan Lazada.

Facebook Marketplace pun tidak sebesar ini kerana ia hanya membenarkan pengguna mengiklankan saja tapi urusan transaksi dilakukan sendiri di luar Facebook.

Sumber: Siaran Akhbar TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY