Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dan Apple Mungkin Terpaksa Buang TikTok Daripada Gedung Aplikasi

Cara Simpan Video TikTok Sebelum Muat Naik Tanpa ‘Watermark’

Diterbitkan Mac 1, 2023 · Dikemas kini Mac 1, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Januari lalu, TikTok dikhabarkan telah menguji ciri butang ‘Save‘. Kini, ciri yang membolehkan pengguna menyimpan video sebelum dimuat naik ke platform video pendek itu telah tersedia kepada umum.

Berkaitan

  • Pengguna Tiktok Kini Boleh 'Tag' Filem Yang Ditayangkan
  • 'Direct Message' TikTok Makin Maju, Mirip Ciri Yang Ada Dalam Instagram

Dengan ciri ini, ia memudahkan pengguna untuk menyimpan video yang telah disunting dalam kualiti asal. Lebih menarik, video yang disimpan sebelum dimuat naik juga hadir tanpa tera air atau watermark.

Berikut disediakan langkah mudah untuk menyimpan video sebelum muat naik.

Cara simpan video TikTok sebelum muat naik

1. Buka aplikasi TikTok dan rakam atau pilih kandungan video yang ingin disunting.

2. Setelah melakukan segala proses suntingan, anda akan melihat butang “Save” yang tersedia di bahagian paling atas.

Save TikTok wo watermark

3. Tekan pada butang tersebut dan video anda kini telah disimpan di dalam galeri peranti tanpa watermark. 

4. Setelah itu, anda boleh meneruskan proses muat naik dengan klik butang “Next” atau sebaliknya tekan sahaja pada “Discard” jika tidak mahu memuat naik video tersebut.

Selesai. Kini lebih mudah anda menyimpan video dalam kualiti asal tanpa watermark. Tambahan pula, dalam keadaan tertentu anda mungkin hanya ingin menyimpannya sahaja, tanpa mahu memuat naik video tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY