Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok nepal

Pengguna Sambut Aidilfitri Lebih #RancakRaya Dengan TikTok

Posted on Mei 20, 2022

TikTok, platform utama untuk video pendek mudah alih telah memperkenalkan kempen #RancakRaya yang menggalakkan para pengguna berkongsi detik-detik istimewa yang dinikmati bersama sanak saudara dan rakan taulan serta menyambut ketibaan musim lebaran bersama-sama menerusi pelbagai konten khas hasil ciptaan warga komuniti.

Sebelum tibanya hari lebaran lagi, TikTok telah mengadakan cabaran bertema yang menyaksikan para pengguna menggunakan tanda-tanda pagar yang relevan untuk menghasilkan konten yang dapat memberi ilham kepada pengguna lain.

Menerusi #RancakRaya, TikTok telah memberi ilham kepada rakyat Malaysia dengan topik-topik popular yang sebati dengan sambutan Hari Raya seperti makanan, fesyen, muzik, filem, tip persiapan, dan banyak lagi.

Hasil tinjauan TikTok menunjukkan bahawa lebih daripada separuh (54%) rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa di media sosial ketika bulan Ramadan.

Lantas menyumbang kepada lebih daripada 32 bilion tontonan pada bulan Ramadan 2021 sahaja. Peningkatan sebanyak 28% berbanding bulan bukan Ramadan.

Pembuka tirai cabaran Rancak Raya TikTok telah menghimpunkan para pembikin muzik yang meliputi Fatia, iaitu artis naungan TikTok yang pertama di peringkat global, Khai Bahar, dan Izzue Islam.

Di samping penyanyi selebriti Yazmin Aziz dan Razmansyah, serta para pencipta dari vertikal memasak, pendidikan, siaran langsung, hiburan, sukan, dan kecantikan untuk membawakan sebuah lagu Raya original TikTok.

Sumber: Media rasmi TikTok

Baca juga:

  • TikTok Disaman Oleh Seorang Ibu, “Blackout Challenge” Punca Anak Meninggal Dunia
  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

    TikTok Shop Dilancarkan, Boleh ‘Shopping’ Sambil Layan FYP

  • vivo Malaysia Menjadi Peniaga Teratas Di TikTok, vivo X70 Laris Dijual

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress