Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tidak Benar Samsung Tarik Penajaan Olimpik Bernilai ~RM4.5 Bilion

Posted on Julai 31, 2024

Baru-baru ini tular tentang dakwaan bahawa syarikat teknologi Samsung menarik kempen pengiklanan ke atas Olimpik yang bernilai $1 bilion (~RM4.5 bilion).

Ia selepas satu siaran yang dikongsi di Threads pada 29 Julai, “Terkini: Samsung Menggugurkan Kempen Pengiklanan $1 Bilion dengan Sukan Olimpik, ‘Mereka Sudah Sedar.’

Imej yang dikaitkan dengan siaran di Threads itu sebenarnya dilabel sebagai sindiran yang ada dipaparkan di sudut kiri atas, tetapi beberapa pengguna mungkin tidak menyedarinya.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata kepada Reuters bahawa dakwaan itu “tidak betul”, sambil menambah bahawa IOC mempunyai perjanjian dengan Samsung hingga 2028.

Samsung disenaraikan sebagai sebahagian daripada rakan perkongsian program Rakan Olimpik (TOP), “tahap tertinggi” Olimpik, menurut laman web IOC.

Semakan di laman rasmi Samsung setakat ini juga menunjukkan tiada sebarang pengumuman bahawa tajaan dari syarikat itu telah dibatalkan.

{suggest}

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress