Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Posted on Mei 20, 2021Mei 20, 2021

Sejak awal bulan lagi, pasti peminat Redmi sudah mengetahui akan ketibaan dua telefon baharu daripada Xiaomi, iaitu Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10 5G. Hari ini, mereka secara rasminya buat kemunculannya di Malaysia.

Pertama sekali, mari kita lihat apa yang baharu pada Redmi Note 10 5G. Di dalam peranti ini sebenarnya sama sahaja dengan POCO M3 Pro 5G yang baru diperkenalkan semalam.

Baca juga – POCO M3 Pro 5G Dilancar, Mirip Redmi Note 10 5G Tapi Rekaan Berbeza

Cip Dimensity 700 menguasakan Redmi Note 10 5G dan dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan paparan berlubang yang menempatkan lensa swafoto 8MP.

Pada bahagian belakang pula hadir tetapan 3 lensa dimana 48MP utama, 2MP makro dan 2MP depth. Selain itu, turut dibekalkan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W tetapi pengecas 22.5W diberikan.

Redmi Note 10 5G

Bagi Redmi Note 10S, spesifikasinya lebih baik walaupun tiada rangkaian 5G. Dijana cip MediaTek Helio G95, skrin 6.43 inci AMOLED serta dimuatkan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 10S

Ia juga dilengkapi kuad-kamera yang mana 64MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara kamera hadapan adalah 13MP.

Harga Jualan

Redmi Note 10 5G (8GB+128GB) – RM799

Redmi Note 10S (8GB+128GB) – RM899

Terdapat 4 pilihan warna ditawarkan untuk Redmi Note 10 5G – Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green. Peranti ini akan dijual bermula 28 Mei di Shopee, Lazada serta rakan pengedar Xiaomi yang sah.

Manakala Redmi Note 10S mempunyai 3 pilihan warna – classic Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue. Ia dijual lebih awal, iaitu pada 21 Mei di Shopee, Lazada dan rakan pengedar Xiaomi yang sah.

Sumber: Siaran Media Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress