Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-02T154312.207

Tiada Lagi Kemas Kini Steam Untuk Windows 7, 8 dan 8.1

Diterbitkan Januari 2, 2024 oleh Muhd Idham

Seiring dengan pemberitahuan penamatan sokongan oleh platform perkhidmatan permainan Steam terhadap sistem perisian macOS versi 10.13 (High Sierra) dan 10.14 (Mojave) yang dijangka berkuatkuasa pada 15 Februari 2024, perkara yang sama telah dilakukan untuk sistem operasi Windows 7, 8 dan 8.1.

Tindakan ini mula dilaksana pada 1 Januari 2024 dan pengguna yang terjejas tidak lagi akan menerima kemas kini teknikal, pemasaran dan keselamatan yang terkini dan akan datang.

Sehubungan dengan itu, pihak Steam menegaskan bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu pecah masuk dan kehilangan permainan dalam sesuatu akaun pengguna yang masih menggunakan Windows 7, 8 dan 8.1.

Sama seperti tindakan yang diperlakukan terhadap macOS, ciri teras dalam Steam kini memerlukan sokongan daripada kemas kini Google Chrome yang terkini.

Pihak Steam juga menyarankan supaya pengguna Steam bertukar kepada peranti dekstop yang menggunakan Windows 10 dan ke atas supaya kemas kini Steam yang akan datang dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Berkaitan

  • Ini Sebab Kenapa Steam Tamat Sokongan Windows 7 Dan 8 Pada 2024
  • Steam Tamatkan Sokongan Perisian Untuk macOS Ini Tahun Depan
  • Pra-Tempah Peranti HUAWEI Ini Dengan Harga Serendah RM50
  • 3 Ciri Baharu Telegram Kini Tersedia

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY